5 Makanan Jadi Punca Buah Pinggang Rosak

Hati-Hati Jika Kerap Ambil 5 Makanan Ini, Jadi Punca Buah Pinggang Rosak!

Tanpa kita sedari ternyata makanan dan minuman harian boleh menjadi punca buah pinggang rosak. Ini kerana rata-rata terlalu gemar makan makanan tidak berkhasiat seperti jajan dan lain-lain.

5 senarai makanan di bawah antara pilihan ramai dan perlu dielakkan sekiranya sayang buah pinggang anda. Ikuti perkongsian artikel ini sehingga habis.

5 MAKANAN JADI PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK

1. Mee segera

Pengambilan mee segera secara berlebihan boleh menjadikan punca buah pinggang rosak. Ini kerana sepeket mee segera mengandungi 861 mg sodium.

Elakkan makan mee segera 3 kali seminggu secara berturut-turut.

2. Makanan tinggi perasa & masin

Pengambilan natrium secara berlebihan akan membawa kepada peningkatan tekanan darah dan kerosakan buah pinggang. Antara makanan tinggi perasa dan masin adalah seperti:

  • Makanan frozen
  • Jeruk
  • Sayur dalam tin
  • Daging yang diproses

3. Makanan berwarna-warni

Makanan berwarna-warni kini menjadi trend kerana dikatakan cantik dan mampu menarik perhatian pembeli. Walau bagaimanapun, penggunaan pewarna secara berlebihan boleh mengundang bahaya.

Sesetengah pewarna boleh menyebabkan kanser, melemahkan sistem imunisasi badan dan merosakkan buah pinggang.

4. Makanan segera/jajan/snek

Ini antara makanan kegemaran ramai dan sudah tentunya boleh mengakibatkan buah pinggang rosak. Banyakkan pengambilan real food berbanding jajan atau snek yang tidak elok untuk kesihatan.

5. Air manis/air bikarbonat

Kajian mendapati minum dua kali atau lebih air bikarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang. Walaupun ia dikatakan mampu memberi tenaga tetapi boleh juga menyebabkan pembentukan batu karang.

Semua senarai makanan di atas merupakan makanan sering kita makan dan ada juga menjadikannya sebagai menu harian. Nampaknya kena lebih berhati-hati dan jaga kesihatan diri.

Semoga bermanfaat. Jom ubah gaya hidup kepada lebih sihat.

Sumber: TikTok Djuemediaofficial & Piedmont

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: