Tidur Dengan Cahaya

Mengapa Anda Perlu Elak Tidur Waktu Malam Dengan Lampu Terbuka

Buka lampu atau tutup lampu ketika tidur?

Soalan tersebut diajukan bertujuan untuk menilai sama ada anda berada dalam golongan yang berisiko menghidapi penyakit kan*ser. Kajian yang dibuat oleh para saintis walaupun tidak dapat disahkan sepenuh namun mendapati adanya perkaitan antara cahaya lampu dengan penyakit kan*ser.

Cahaya lampu yang dimaksudkan disini termasuklah cahaya daripada gajet anda seperti telefon pintar dan tablet. Televisyen juga diambil kira. Betulkan, ada yang tidak boleh tidur lena jika tidak membelek terlebih dahulu telefon masing-masing atau menonton televisyen. Namun tidak ramai yang tahu bahawa cahaya tiruan yang dipancarkan oleh gajet kita sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Tetapi ia bukan bermakna anda tidak boleh langsung menyentuh gajet anda pada waktu malam ataupun sebelum tidur, namun pakar menyarankan anda menghentikan semua aktiviti anda bersama gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang berkualiti dan menjaga kesihatan anda.

Kenapa tak boleh tidur dalam keadaan lampu terbuka? Untuk menjawab soalan ini dan memahami kenapa pendedahan kronik cahaya lampu pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu melihat bagaimana manusia di masa lampau tidur pada waktu malam sebelum terciptanya teknologi lampu.

Manusia pada zaman lampau hanya bergantung kepada cahaya semula jadi matahari pada waktu siang dan cahaya bulan pada waktu malam untuk menjalankan sebarang aktiviti. Hanya dua cahaya ini sahajalah yang mampu memainkan peranan sebagai penstabil kepada circadian rhythmicity, iaitu perubahan fizikal, mental dan tingkahlaku berdasarkan peredaran waktu harian dan ia bertindak balas terhadap cahaya dan kegelapan dalam sesuatu persekitaran. Dan contoh kepada circadian rhythmicity adalah kita berjaga pada waktu siang kerana cahaya dan tidur pada waktu malam kerana gelap.

Tetapi masalahnya pada hari ini, gajet yang diguna pakai setiap hari tidak mengeluarkan cahaya seperti cahaya matahari yang mampu menstabilkan circadian rhythmicity, sebaliknya ia dihasilkan secara tiruan sama ada cahaya LED, AMOLED, LAN dan sebagainya.

Kajian juga menunjukkan bahawa tidur dengan lampu terbuka sebenarnya mampu mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit. Dan membuat ia lebih teruk adalah cahaya yang dipancarkan melalui LED contohnya pada tablet mampu mengatasi melatonin anda.

Melatonin adalah hormon semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak. Kelenjar pineal tidak aktif pada waktu siang dan mula bekerja sebaik sahaja diaktifkan oleh suprachiasmatic nucleus (SCN) yang berfungsi menghantar isyarat kepada kelenjar-kelanjar dalam tubuh badan.

Sebaik sahaja ia mula menerima isyarat, kalenjar pineal mula merembeskan hormon melatonin ke dalam darah, biasanya selepas jam 9 malam bagi membuatkan badan anda berasa keletihan dan ingin rehat. Jadi bayangkan jika cahaya LED ini jika mengatasi fungsi melatonin, anda kadang-kadang tidak sedar sudah berjaga hingga lewat pagi.

Dan ini lah yang bahayanya, kajian yang dilakukan selama 10 tahun terhadap 1670 orang wanita yang terdedah kepada cahaya lampu buatan setiap kali mereka tidur mendapati bahawa 22 peratus lebih tinggi kemungkinan untuk mereka menghidapi kanser payu dara berbanding dengan mereka yang tidur di dalam gelap.

Para penyelidik yang menjalankan kajian ini membuat kesimpulan awal bahawa ia ada kaitan dengan perubahan hormon melatonin. Antara kumpulan manusia lain turut tergolong dalam kumpulan risiko ini adalah pekerja syif malam seperti doktor, operator kilang dan pengawal keselamatan.

Satu lagi kajian lain, seekor tikus makmal telah dimplimentasikan dengan sel kan*ser payudara xenografi yang kemudian diberi (perfusion) sel darah dari kumpulan wanita yang berbeza. Tikus yang menerima sel darah dari wanita yang tidur di dalam gelap didapati perkembangan kanser payu dara itu terbantut. Manakala tikus yang diuji dengan sel darah wanita yang tidur di dalam cahaya lampu tidak menerima kesan yang sama.

Satu lagi adalah kesan cahaya biru yang dipancarkan oleh LED. Cahaya biru yang dipancarkan oleh LED sebenarnya boleh menjejaskan fungsi salah satu bahagian pada retina mata yang memainkan peranan dalam circadian rhythmicity.

Kajian yang diataskan terhadap tikus makmal juga menunjukkan bahawa pendedahan secara berlebihan boleh menyebabkan kemurungan. Berdasarkan kajian tersebut, tikus yang terdedah kepada cahaya biru menunjukkan minat yang kurang terhadap minuman bergula kegemaran binatang tersebut pada waktu pagi berbanding tikus yang tidak terdedah pada cahaya biru.

Selain risiko kan*ser, tidur dengan lampu terbuka juga boleh menggangu sistem imun manusia. Mereka yang gemar tidur dengan lampu terbuka cenderung untuk menghidapi sakit kepala, loya dan muntah.

Begitu juga dengan melatonin, selain berfungsi dalam menentukan waktu rehat untuk badan, ia juga mempunyai perkaitan dengan proses penuaan. Ini kerana hormon melatonin turut mengandungi antioksida yang berfungsi dalam mengawal proses penuaan. Jadi, melatonin yang terganggu membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua berbanding umur anda.

Jadi kesimpulanya, tidurlah dalam keadaan bergelap kerana selain untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik dan menjaga kesihatan anda, ia juga mampu mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

Sumber : GIZMODO HEALTH

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: