Fakta disebalik 49 Gol Safiq Rahim Untuk JDT
Safiq Rahim kini sah menjadi penjaring terbanyak Johor Darul Ta’zim dengan sejumlah 49 gol sepanjang 5 musim bermain bersama JDT. Gol pendahuluan Johor Darul Ta’zim menentang Melaka United tempoh hari menoktahkan Safiq sebagai pendahulu penjaring gol Johor Darul Ta’zim.
Jadi di sini penulis mahu mengajak pembaca bersama-sama menyelusuri 49 gol yang dijaringkan oleh pemain yang bergelar Copot.
Gol Pertama Bersama JDT
Safiq menjaringkan gol pertama untuk Johor Darul Ta’zim semasa perlawanan Liga Super JDT menentang Pahang di stadium Darul Makmur pada 8/1/2013 melalui tandukan. Gol tersebut juga merupakan gol pertama yang terhasi; di era transformasi JDT oleh TMJ.
Jaringan Setiap Musim
2013 – 3 gol keseluruhan
– 1 di Liga Super Malaysia 2013
– 2 di Piala Malaysia 2013
2014 – 5 gol keseluruhan
– 1 di Liga Super Malaysia 2014
– 4 di Piala Malaysia 2014
2015 – 15 gol keseluruhan
– 7 di Liga Super Malaysia 2015
– 4 di Piala Malaysia 2015
– 4 di Piala AFC 2015
2016 – 15 gol keseluruhan
– 4 di Liga Super Malaysia 2016
– 2 di Piala FA 2016
– 1 di Piala Malaysia 2016
– 8 di Piala AFC 2016
2017 – 11 gol keseluruhan dan masih menghitung
– 8 di Liga Super Malaysia 2017
– 2 di Piala AFC 2017
– 1 di kelayakan ACL 2017
Pasukan Lawan Paling Banyak Dirobek
Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan sudah berjaya dirobek Safiq Rahim tanpa belas ihsan. Pasukan lawan paling banyak dibolosi Safiq adalah seperti di bawah:
1- Melaka United, PDRM dan Ayeyawady United – 4 gol
2- ATM, Kedah, Kelantan, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Bengaluru FC – 3 gol
Safiq Rahim ‘King of Penalty’
14 gol dari 49 gol keseluruhan yang dijaringkan Safiq Rahim datangnya dari sepakan penalti.
Rumusan
Tanggal 17 Disemeber 2012 merupakan tarikh keramat perpindahan Safiq Rahim secara sah dari pasukan Selangor ke pasukan Johor Darul Ta’zim. Safiq tidak lagi menoleh ke belakang dan kini beliau sedang membina sebuah empayar untuk dikenang penyokong dan peminat Johor.
Baca juga: Jaringan Pertama Nunez Bersama Kelab Barunya, PS TNI