Gabriel Guerra Menolak Ke PKNS FC Untuk Bersama JDT II?
Pada hari Isnin yang lepas, Martin Prest telah mengumumkan perpisahan dengan dua pemain import JDT iaitu Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera. Melalui pengumunan yang sama, JDT mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain ini atas semusim bersama JDT. Ini bermakna mereka bukan lagi pemain JDT.
Selepas itu PKNS FC menyuarakan pintu sentiasa terbuka buat Guerra untuk kembali bersama dengan PKNS FC seperti yang dinyatakan oleh pengurus mereka, Mahfizul Rusydin Abd Rashid.
[AdSense-B]“Memang kita ada hasrat untuk membawa semula Gabbi (Gabriel Guerra) ke pangkuan pasukan seandainya dia tidak lagi bersama JDT.
“Kita amat mengenali aksi dan corak permainanya, malah dia juga sebenarnya mula mencipta nama di Liga Malaysia (Liga M) dengan PKNS FC.
“Jadi kalau boleh kita mahu mengambilnya semula dan berharap dia tidak keberatan untuk kembali membantu PKNS,”kata Mahfizul ketika dihubungi Berita Harian.
Namun begitu Guerra menolak sebarang kemungkinan untuk kembali. Hal ini ditegaskan sendiri Guerra sekali gus meranapkan impian PKNS FC untuk menggunakan semula khidmatnya musim depan selepas setahun pemain itu meninggalkan mereka.
“Saya tidak akan kembali kepada PKNS FC, itu sahaja saya mahu beritahu,” kata Guerra ringkas melalui pesanan WhatsApp.
Namun begitu melalui satu post JDT mengambarkan yang Gabriel Guerra akan diletakkan di JDT II bersama satu lagi pemain import.
“Dalam masa yang sama, kami juga mempunyai dua pemain luar negara yang diletakkan dalam pasukan JDT II sebagai pemain yang sentiasa bersedia jikalau ada sesuatu yang terjadi kepada pemain luar negara skuad utama JDT. Salah seorang darinya kemungkinan adalah Gabriel Guerra.” kenyataan dari JST.
Adakah Guerra akan terus berada di bumi Johor namun bersama JDT II atau berpindah ke pasukan lain? Apakah pandangan anda?
[AdSense-B]Baca juga: Mohammed Ghaddar Tidak Mahu Ke Melaka United