2

Kajian Dedah Kandungan Gula Dalam Bubble Tea Lebih Tinggi Berbanding Coke

Ada baiknya kamu mengawal pengambilan minuman Bubble Tea atau dalam kalangan bangsa Cina lebih dikenali sebagai Boba Tea kalau tak mahu dijangkiti penyakit kencing manis diabetes.

Menurut sebuah kajian terbaharu yang dilakukan di Singapura, hakikatnya kandungan gula yang dilarut dalam sebatian minuman Bubble Tea itu lebih tinggi berbanding air minuman bergas seperti Coca Cola! Ini kerana, sebelum ini, ramai menyangka minuman Bubble Tea itu cumalah sekadar minuman manis bersusu biasa yang kandungan gulanya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan minuman soda.

Menurut laporan yang dimuat naik portal Next Shark, ekesperimen tersebut yang dikelolakan oleh Chanel NewsAsia ke atas enam jenis Bubble Tea berlainan perisa dengan kerjasama pelajar khursus Diploma Sains Makanan dan Nutrisi dari Politeknik Temasek di Singapura.

Tonton Kajian melihat Kandungan Gula Dalam Minuman Bubble Tea

Hasil daripada kajian uji kaji kandungan gula dalam Bubble Tea mendapati, rata-rata minuman tersebut memiliki kandungan gula antara 8 hingga 20 camca teh setiap satu. Penemuan itu sememangnya mengejutkan dan kamu mungkin perlu mengambil pusing tentangnya mulai sekarang.

Jelas pakar, terutamanya masyarakat hari ini ramai beralih kepada minuman manis seperti Bubble Tea unuk menggantikan keinginan mereka terhadap minuman soda, namun hakikatnya minuman tidak berlabel yang dibuat mengikut tempahan seperti Bubble Tea adalah pilihan yang ternyata lebih memburukkan kesihatan jika tidak dikawal.

“Ibu bapa juga sering mendedahkan anak-anak mereka kepada minuman seperti Bubble Tea kerana dianggap merupakan pilihan minuman ringan terbaik berbanding air soda bergas,” tambah Bonnie Rogers, Jurulatih Kesihatan Diiktiraf di The Nutrition Clinic, Singapura.


Ha, lepas ni jangan sakan sangat minum Bubble Tea tu, takut kena potong kaki pula!

SUMBER 1, 2, 3

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: