Hanya 2 pemain JDT dipanggil oleh Ong Kim Swee
Hari ini, FAM telah mengeluarkan senarai 23 pemain yang akan mewakili negara untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina dan pusingan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara. Hanya 2 pemain JDT dipanggil oleh Ong Kim Swee.
Kedua-dua pemain JDT ini perlu melaporkan diri di Wisma FAM pada hari Rabu, 15 Mac selepas perlawanan Piala AFC menentang Global FC di Stadium Larkin. Adakah pengurusan JDT akan membenarkan mereka mendaftar pada hari tersebut? Mengikut pengetahuan kami, pihak pengurusan hanya memberi pelepasan 3 hari sebelum hari perlawanan.
Malaysia dijadualkan bertemu dengan Filipina pada 22 Mac 2017 di Rizal Memorial Stadium, Manila dan kemudian bertemu dengan Korea Utara yang mana lokasi perlawanan akan ditentukan oleh AFC pada hari esok. Inilah 2 permain JDT dipanggil oleh Ong Kim Swee.
1- Mohd Fadhli Shas
Statistik 2017
Penampilan: 6
Minit perlawanan: 507 (45.68% – ke-10 tertinggi)
Jaringan: 1
Kad: 1 kuning (vs Bangkok United)
2- Ahmad Hazwan Bakri
Statistik 2017
Penampilan: 10
Minit perlawanan: 574 (51.71% – ke-8 tertinggi)
Jaringan: 3
Kad: Tiada
Kami penyokong JDT mengucapkan selamat berjuang untuk Malaysia. Moga kemenangan milik Malaysia.
Baca juga: Adakah Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen dan sistem Mora?