Burger Malaysia Donut

Hanya Satu Adunan, Boleh Buat Burger Malaysia & Dua Jenis Donut!

Bila dah berada dalam musim PKP 3.0 ini, ramai dalam kalangan kita akan menghabiskan masa di rumah. Inilah masanya untuk kita khususnya kaum ibu merancang pelbagai menu untuk dijamu buat keluarga. Salah satu resepi yang dikongsikan ini mendapat lebih dari 10 ribu perkongsian di laman Facebook.

Wanita ini berkongsikan resepi adunan doh yang boleh dibuat macam-macam bukan sekadar satu jenis kuih sahaja! Hasil daripada satu adunan doh ini, dia berjaya buat Burger Malaysia, Donut Chocolate dan Donut Cheese. Menarik!

HANYA SATU ADUNAN, BOLEH BUAT MACAM-MACAM!

Menariknya resepi hari ini adalah dengan satu doh adunan, anda boleh dapat:

1. Burger malaysia

2. Donut coklat

3. Donut cheese

RESEPI ADUNAN DOH

-3 sudu susu pekat manis

-3 sudu gula

-1 peket mauripan

-1 cawan air suam

-Tunggu bahan-bahan di atas hingga kembang 10-15 minit

-3 cawan tepung gandum

-2 sudu majerin

-1 biji telur

Burger Malaysia.

-Campur semua, uli-uli dan tinggalkan selama 10-15 minit baru buat doh kecil-kecil. Tunggu lagi 10-15 minit baru isi apa yang nak letak dalam doh tu. Baru goreng dengan api sederhana..

Donut Chocolate

Donut Cheese.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Hasnah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: