Piala AFC 2017: Hatrik Guerra membolehkan JDT melangkah ke Zonal Semi Final
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC antara JDT dan Magwe FC baru tamat sebentar tadi. Perlawanan ini disaksikan oleh ribuan penyokong JDT dan juga bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta dengan keputusan berpihak kepada JDT 3 Magwe FC 1 hasil hatrik Guerra.
Separuh masa pertama
JDT dikejutkan oleh gol seawal minit ke-2 hasil tandukan Kyaw Swar Linn yang menerima hantaran dari sepakan percuma. Selepas gol tersebut, JDT meningkatkan tempoh permainan untuk mendapatkan gol penyamaan secepat mungkin.
Hasilnya, pada minit ke-15 JDT berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan padu Gabriel Guerra dari luar kotak penalti. Walaupun asakan demi asakan, benteng Magwe FC masih kekal bertahan sehinggalah tiupan wisel tamat separuh masa pertama dengan kedudukan JDT 1 Magwe FC 1.
Separuh masa kedua
JDT sedar memulakan perlawanan separuh masa kedua dengan keputusan seri masih belum selamat untuk JDT. JDT tidak boleh kalah pada perlawanan terakhir ini dan pada masa yang sama Global FC sedang mendahului dalam satu lagi perlawanan berasingan.
Pemain JDT menunjukan kesungguhan yang tinggi untuk mencari lebih gol. Kemasukan Chanturu dan Hazwan Bakri juga merancakan jentera serangan JDT. Akhirnya JDT berjaya mencari dua lagi gol yang dijaringkan oleh Gabriel Guerra. Ini merupakan hatrik ketiga Guerra untuk musim ini.
Tamat perlawanan JDT 3 Magwe FC 1. Dengan ini, JDT berjaya ke perlawanan Zonal Semi Final menentang Ceres Negros FC dari Filipina. Jadual perlawanan ini boleh dilihat dibawah ini:
Video highlight
Baca juga: Previu Piala AFC 2017 : Misi Layak peringkat kalah mati!