Hukum Solat Menghadap Tandas

Hukum Solat Menghadap Tandas

Soalan:

Apa hukum solat mengadap tandas? Sbb kiblat ke arah yg sama.

Jawapan:

Ulama salaf memakruhkan solat menghadap tandas. Inilah yg dimaksudkan dgn kalimah mereka alHush الحش. Kata ‘Abdullah bin ‘Amr RA:

لَا تُصَلِّ إلَى الْحُشِّ ، وَلاَ إلَى حَمَّام ، وَلاَ إلَى مَقْبَرَة

“Jangan kamu solat menghadap tandas (alHush) jangan juga mengadap bilik air dan kubur.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 2/379).

Demikian juga riwayat yg ada di dlm Musannaf Abd alRazzaq 1/405 drpd Ibn ‘Abbas RA. Inilah juga yg diriwayatkan dr Tabi’ien spt Ibrahim alNakhaie. Beliau berkata:

“Mereka (para sahabat) menganggap makruh 3 binaan berhadapan kiblat: alHush (tandas), kubur dan bilik air.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 2/380)

Kata Imam Ahmad RH: “tidak wajar berada di (arah) kiblat: kubur, tandas dan bilik air.” (alMughniy: 2/473)

Antara alasan makruh solat menghadap tandas ialah kerana melihat bagaimana kubur yg pernah dijadikan sbg berhala yg disembah, maka solat memghadapnya menyerupai solat menghadap berhala. oleh krn itu datang larangan solat menghadap kubur sekalipun seseorg itu tidak memaksudkannya. Ia juga sama sptmana seseorg tidak boleh sujud ketika di hadapannya ada berhala, sekalipun dia bukan memaksudkan sujudnya itu kpd berhala.

Sama situasinya dlm permasalahan tandas dan bilik jika ia berada di arah kiblat. Tandas dan bilik air adalah tempat menetap syaitan. Sbgaimana baginda Nabi SAW telah memerintahkan supaya dekat dgn sutrah krn bimbang syaitan akan menganggu seseorg yg sedang solat, maka solat menghadap tempat menetap syaitan (tandas dan bilik air) adalah solat yg dilakukan menghadap tempat yg berkemungkinan besar kawasan laluan syaitan.

Kita diperintahkan ketika solat menghadap tempat yg paling mulia iaitulah kaabah. Sekaligus ia bermaksud seseorg yg sedang menunaikan solat sepatutnya menjauhkan diri dr menghadap tempat2 yg kotor dan hina.

Bukankah kita dilarang menghadap kiblat ketika buang air besar dan kecil. Maka bagaimana pula jika tempat buang air besar, air kecil yg merupakan tempat menetap syaitan berada di kiblat kita ketika menunaikan solat? Sudah tentu ia suatu yg tidak wajar.

Sumber: https://binsahak.com/index.php/adab-dan-akhlak/804-sdi-1025-hukum-solat-menghadap-tandas

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: