Ikhtiar BATAL SIHIR, Baca 7 Surah Dalam Al-Quran Ini Setiap Pagi & Petang!
Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Terdapat beberapa cara batal sihir yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar mengubati diri sekiranya anda adalah mangsa ilmu hitam.
Antaranya dengan mengamalkan 7 surah ini yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, pada setiap pagi dan petang sebagai jalan ikhtiar untuk memulihkan diri. Mari ikuti butiran lanjut di bawah.
CARA BATAL SIHIR
Batal sihir. Amal surah-surah berikut pagi dan petang:
- Al kausar 2x
- Al kafirun 3x
- Al nasri 4x
- Al masad 5x
- Al ikhlas 6x
- Al falaq 7x
- Al nas 7x
Insha Allah, sihir akan keluar atau terbatal. Cara-cara nak batalkan sihir ini prof terima daripada seorang ustaz (salah sorang guru sejati prof), katanya mesti minta izin sebelum diamalkan baru mujarrab “kerana tinggi adabnya”.
Wallahua’lam. Aamiin. Kredit kepada owner.
Info sihir:
Maksud sihir dari segi istilah adalah satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib). Di mana, ia melibatkan makhluk halus dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Contohnya, menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.
Sumber: Rumahku Syurgaku