Hotel Dengan View KLCC

Ini 8 Hotel Dengan ‘View’ KLCC Harga Bawah RM500/RM1000 Satu Malam Di KL

Bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC) antara bangunan terkenal di dunia dengan ketinggian 451 meter dan mempunyai 88 tingkat. KLCC menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia dan jika ke ibu kota pasti hotel sekitar KLCC menjadi pilihan hati untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Buat anda yang tercari-cari lokasi percutian untuk seisi keluarga, berikut kami kongsikan 7 hotel di Kuala Lumpur dengan pemandangan KLCC. Memang berbaloi dan akan membuatkan percutian anda penuh makna. Jom tengok…

8 HOTEL VIEW KLCC HARGA BAWAH RM500/1000 SATU MALAM DI KL

1. EQ HOTEL


Sumber: EQ Kuala Lumpur

Kalau sebut sahaja EQ Hotel, pasti ramai yang tahu kerana pemandangan di sini bukan sahaja ada KLCC tetapi pemandangan KL Tower dan Tower Merdeka 118 pun ada. Selain bilik yang luas, EQ Hotel dilengkapi dengan kemudahan lain serta ada Sky 51 di rooftop hotel. Harga bermula RM600 sehingga RM1000.

2. HILTON GARDEN INN KL


Sumber: Hilton Garden Inn

Jika anda mencari hotel murah dengan pemandangan KLCC, Hilton Garden Inn Hotel jawapan yang betul dan tepat. Harga bermula RM400, anda boleh dapatkan bilik dengan pemandangan KLCC dan lebih menarik sekali adalah anda boleh menikmati makan malam di rooftop berlatarbelakangkan KLCC. Wah menarik kan?

3. TRADERS HOTEL


Sumber: Traders Hotel

Traders Hotel merupakan hotel pilihan ramai jika mahukan pemandangan KLCC. Ini kerana ada banyak pilihan bilik untuk pemandangan KLCC tanpa diganggu bangunan lain di tepinya. Paling seronok sekali harga bilik di sini sangat berpatutan dan tidak begitu mahal. Pastikan anda buat tempahan awal jika mahu bercuti di sini bersama keluarga. Harga bermula dari RM400 sehingga RM1000.

4. THE RuMA


Sumber: The RuMa

The Ruma merupakan hotel mewah berkonsepkan tradisional tetapi di sini bilik agak terhad jika anda mahukan pemandangan KLCC. Harga bermula dari RM700 sehingga RM1000.

5. TAMU HOTEL

Tamu Hotel menjadi pilihan hati buat anda yang mahu mencuba makanan sedap dan berpatutan di sekitar Kg Baru. Walaupun jarak jalan kaki ke KLCC agak jauh namun, pemandangan KLCC dari bilik sangat memukau dan harga bermula dari RM220 sehingga RM800.

6. W HOTEL


Sumber: W Hotel

Kalau anda mahu mandi kolam renang sambil layan pemandangan KLCC, W Hotel confirm pilihan terbaik. W Hotel terletak bertentangan dengan KLCC dan anda boleh berjalan kaki sahaja. Harga bermula RM700-RM1000. Agak sedikit mahal tetapi memang berbaloi dan puas hati.

7. HOTEL GRAND HYATT


Sumber: Grand Hyatt Hotel

Hotel Grand Hyatt sememangnya antara hotel popular menjadi pilihan hati jika mahukan pemandangan memukau dan menakjubakan. Hanya 6 minit dari KLCC, hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan hebat dan juga kolam renang yang begitu besar dan cantik. Jadi, memang tak rugi jika anda memilih Hotel Grand Hyatt sebagai destinasi percutian. Harga bermula RM700 sehingga RM1000.

8. HOTEL CORUS


Sumber: Hotel Corus

Kalau anda mencari hotel dengan pemandangan KLCC tetapi mahukan harga murah, Corus Hotel la jawapannya. Ia merupakan antara hotel paling murah yang menyajikan pemandangan KLCC dari bilik. Paling seronok sekali anda boleh berjalan kaki ke KLCC dan juga pusat beli-belah sekitarnya. Harga bermula RM250 sehingga RM600.

Itu sahaja perkongsian kami hotel di sekitar Kuala Lumpur dengan pemandangan KLCC. Jadi, yang mana satu pilihan anda untuk bercuti bersama keluarga? Kena tempah awal ya!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: