Air Oren Yang Rasanya Macam Vitagen, Fresh

Ini Cara Buat Air Oren Yang Rasanya Macam Vitagen, Fresh!

Air atau minuman manis adalah yang paling penting sekali bila nak berbuka puasa. Tetapi kalau hari-hari asyik bancuh air yang sama sahaja pun bosan juga bukan?

Oleh itu terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana ada cara untuk bancuh air oren yang bukan oren biasa tapi air oren yang rasa macam vitagen! Menarik dan anda boleh cuba untuk berbuka petang nanti.

CARA BUAT AIR OREN MACAM VITAGEN

Air oren pun nak post ? Yee nak post sebab sedap.Air oren ala-ala vitagen.

Resepi :

• oren sunquick

• susu pekat

• bancuh dengan air panas.

1. Bancuh air oren bersama susu pekat dan masukkan air panas. Kacau laju-laju supaya tak berkeladak.

Kemanisan agak-agak sendiri ya. Saya buat kurang manis.

Noted : Saya buat susu tak pecah / berkeladak. Kalau ada yang buat susu pecah / berkeladak sorry ehhhhhh . Mungkin sukatan susu mempengaruhi saya buat 4sb sunquick 4sb susu. Manis sedang-sedang je ni. Air dalam 200ml pastu tambah air. Ais habis pun air tak berkeladak.

Siap!

**tips dari ahli : bancuh dengan air panas , kacau laju-laju dan lama sikit. In shaa Allah air tak berkeladak.

Sumber: Nur Haziqah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: