Kesebelasan Termuda JDT

Inilah Kesebelasan Utama Termuda JDT Yang Pernah Diturunkan

Semalam kami ada bertanya soalan adakah kesebelasan utama yang diturunkan menentang Terengganu tempoh hari adakah kesebelasan termuda yang pernah JDT turunkan. Jika bukan, berikan kesebelasan utama yang tersebut. Namun kami tidak mendapat respon yang diharapkan.

Kesebelasan utama termuda bermaksud purata umur kesebelasan utama yang paling rendah. Pada musim ini JDT telah berjaya mendapatkan 3 pemain muda yang berumur bawah 20 tahun seperti Safawi Rashid, Haziq Nadzli dan Dominic Tan. Hadi Fayyadh yang berumur 16 tahun dinaikan ke JDT namum tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.

[AdSense-B]

Musim 2013 hingga 2016 menyaksikan JDT tidak atau kurang mempunyai pemain bawah 20 tahun. Kami tidak merasakan kesebelasan utama yang diturunkan untuk semua pasukan dalam musim tersebut merupakan skuad termuda berbanding dengan kesebelasan utama menentang Terengganu.

Berapakah purata umur kesebelasan utama JDT vs Terengganu?

kesebelasan utama JDT vs Terengganu Away

Umur pemain pada hari perlawanan 7/7/2017:

Haziq Nadzli: 19 tahun atau 7,122 hari

Fazly Mazlan: 23 tahun atau 8,598 hari

Aidil Zafuan: 29 tahun atau 10,931 hari

Junior Eldstal: 26 tahun atau 9,610 hari

Hasbullah: 22 tahun atau 8,290 hari

[AdSense-B]

Nazmi Faiz Mansor: 22 tahun atau 8,361 hari

Shakir Shaari: 30 tahun atau 11,239 hari

Amirul Hadi Zainal: 31 tahun atau 11,364 hari

Azamuddin Akil: 32 tahun atau 11,770 hari

Darren Lok: 26 tahun atau 9,617 hari

Safawi Rashid: 20 tahun atau 7,429 hari

Purata umur: 9,484 hari atau 25 tahun 11 bulan 29 hari

Adakah kesebelasan utama yang boleh menjadi skuad termuda?

Melalui pemerhatian kami, skuad JDT akan mendapat purata yang kurang apabila membariskan Safawi, Haziq, Dominic dan Hadi dalam kesebelasan utama.

Namun, Hadi Fayyadh tidak pernah berada dalam kesebelasan utama. Menerusi rekod kami, Safawi, Haziq dan Dominic berada dalam kesebelasan yang sama ketika menentang Beoungker Angkor FC di tempat lawan.

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 kesebelasan utama

Perlawanan ini berlangsung pada 19/04/2017 dan berikut adalah umur pemain pada tarikh ini.

Haziq Nadzli: 19 tahun atau 7,043 hari

Fazly Mazlan: 23 tahun atau 8,519 hari

Aidil Zafuan: 29 tahun atau 10852 hari

Dominic Tan: 20 tahun atau 7,343 hari

S. Kunanlan: 30 tahun atau 11,184 hari

[AdSense-B]

Nazmi Faiz Mansor: 22 tahun atau 8,282 hari

Shakir Shaari: 30 tahun atau 11,160 hari

Mahali Jasuli: 28 tahun atau 10,244 hari

Azamuddin Akil: 32 tahun atau 11,691 hari

R. Gopinathan: 27 tahun atau 9,987 hari

Safawi Rashid: 20 tahun atau 7,350 hari

Purata umur: 9,423 hari atau 25 tahun 9 bulan 28 hari

Kesimpulan

Nampaknya, kesebelasan termuda JDT dipegang oleh kesebelasan menentang Beoungket Angkor FC yang diturunkan oleh coach Benjamin Mora.

Baca juga: JDT Hanya Mempunyai Satu Penjaga Gol Untuk 4 Perlawanan Berikutnya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: