Lelaki Lumpuh Main Telefon

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Jika Tidak Mahu Lumpuh Seperti Lelaki Ni

Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata-mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka. Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa, manusia dilihat seperti semakin asyik dan leka dengan telefon pintar milik mereka sehingga sanggup menghabiskan masa berjam lamanya.

Perkara inilah yang telah berlaku terhadap seorang lelaki yang dilihat begitu leka dengan telefon bimbitnya sehingga telah memudaratkan kesihatan dirinya sendiri. Lelaki yang berasal dari China itu telah dimasukkan ke hospital selepas didapati lumpuh yang dikatakan berpunca daripada masalah lehernya.

Memetik laporan World of Buzz, lelaki yang dikenali sebagai Wang dan berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai satu tabiat yang turut dimiliki oleh kebanyakan orang lain pada hari ini yang masing-masing mempunyai telefon bimbit dan seorang pencinta gadget masa kini.

Setiap hari selepas seharian Wang penat berkerja, dia dikatakan akan terus terbaring di atas katil di rumahnya sambil meneruskan aktiviti hariannya itu aiatu bermain telefonnya itu sehingga hampir tiga jam pada setiap hari tanpa henti.

Perbuatan dan kelakuan seperti ini mungkin akan dianggap oleh orang ramai seperti perlakuan biasa sahaja dan turut dilakukan oleh orang lain. Walau bagaimanapun, malang nasib Wang apabila badannya didapati tiba-tiba menjadi lumpuh akibat bermain telefon bimbit.

Wang dipercayai tidak dapat merasai anggota badan miliknya itu bermula dari pasa dada hingga ke bawah dan dia juga didapati tidak dapat lagi mengawal pergerakan badannya. Walau bagaimanapun, Wang sangat bernasib baik kerana pada ketika itu dia sedang menjalani pemeriksaan di hospital dan dia dapat menerima rawatan dengan kadar segera daripada petugas hospital dan juga doktor yang berada di hospital berkenaan.

Setelah pembedahan kecemasan dijalankan terhadap Wang, doktor memaklumkan bahawa dia sebenarnya telah menghidap penyakit cervical spondylosis atau penyakit tulang leher. Penyakit tersebut biasanya dihidapi oleh mereka yang berusia atau golongan tua kerana membabitkan proses penuaan tulang.

Biarpun ianya adalah sejenis penyakit yang sering ditemui pada kalangan warga emas, kondisi Wang menjadi semakin teruk apabila tugasnya sewaktu berkerja memerlukan dia selalu membengkokkan lehernya. Lebih teruk lagi, dia mempunyai tabiat yang melibatkan leher iaitu sering tunduk dan bermain dengan telefonnya dalam jangka masa yang sangat lama.

Biasanya, sebelum tidur kita akan bermain telefon. Elakkan sambil berbaring dalam jangka masa yang lama.
Doktor yang membuat pemeriksaan terhadap Wang turut memaklumkan bahawa Wang sebenarnya telah mengalami kesakitan dan merasakan tidak selesa pada tengkoknya itu untuk beberapa ketika yang menyebabkan dia sering mengalami kesukaran untuk berdiri serta berjalan.

Namun, Wang dikatakan sering menangguhkan pemeriksaannya untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan sehinggalah beberapa hari yang lalu dengan secara tiba-tiba dia didapati mengalami lumpuh separuh badan sebelum dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas diberikan rawatan dan menjalani pembedahan kecemasan, Wang kini didapati semakin sembuh daripada lumpuh yang telah menyerang dirinya itu. Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa tidak dapat memastikan badan Wang akan sembuh sepenuhnya selepas terbabit dengan insiden tersebut.

Kejadian yang telah berlaku kepada lelaki ini mungkin dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana agar tidak terlalu leka untuk bermain telefon bimbit dan perbanyakkanlah aktiviti yang melibatkan pergerakkan badan supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi kepada diri kita sendiri.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: