Lelaki Botak Maskulin

Lelaki Botak Lebih Menarik , Maskulin Dan Setia Di Mata Wanita. Betul Ke

Sejauh mana kebenaran mengenai lelaki botak yang dianggap lebih setia dan menarik? Namun bukan semua wanita menyukai lelaki botak. Bagi sesetengah wanita ‘geli’ dengan lelaki botak, dan tidak kurang juga ada yang sangat menyukai lelaki botak, lebih menarik katanya.

Namun, sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih menarik, maskulin dan setia. Itu hanyalah satu kajian, mungkin bukan semua lelaki botak berpewatakkan menarik, lihat juga pada kesesuaiannya. Ada lelaki yang nampak lebih macho jika botak dan sebaliknya.

Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakian dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.

Ini kerana, bagi mereka yang mempunyai rambut, pasti mahu kelihatan kemas setiap hari, dan jika rambutnya serabai, dia akan merasa rendah diri, berlainan pula dengan lelaki botak. Walaupun berkepala botak, namun mereka mampu bergaya segak!

Kajian yang dijalankan oleh Americamn Hair Loss Association ini mendedahkan bahaw 2/3 daripada lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut sebaik usia mereka mencecah 35 tahun dan 85% lelaki akan kehilangan rambut dalam jumlah yang besar sebaik saja mereka mencecah usia 50 tahun.

Sebenarnya memang benar la lelaki botak ini nampak lebih tampan dan macho ya! Ini kerana penampilan mereka nampak lebih segar dan berkeyakinan tinggi.

Mengapa Lelaki Botak Lebih Mendapat Perhatian Di Mata Wanita?

Bila bercakap mengenai botak pasti ramai yang membayangkan seseorang lelaki yang gagah dan berpenampilan yang agak menggoda seseorang wanita. Lagi-lagi kalau lelaki itu mempunyai tubuh yang sasa, pasti akan membuat wanita tidak berkelip memandang mereka. Dan biasanya lelaki yang memiliki rupa paras bujur sirih dan agak bulat amat bersesuaian dengan gaya botak ini. Di samping itu juga, ramai wanita yang beranggapan lelaki botak ini lebih menarik dari gaya dan penampilannya. Tapi apa yang dipandang oleh wanita ini? Apa yang menarik sangat lelaki berkepala botak ini?

Ini dia lima sebab lelaki botak lebih mendapat perhatian di mata wanita.

1. Lebih Se*ksi.

Apabila botak sahaja, mestilah dikaitkan dengan se*ksi. Jadi lelaki botak ini lebih kelihatan se*ksi di mata wanita. Mengapa se*ksi? Se*ksi apabila kelihatan kulit kepalanya yang bersih serta dijaga rapi. Itu belum lagi digayakan dengan cara pemakaiannya pula. Kalau sesuai dengan tuan punya badan pasti lebih kelihatan se*ksi.

2. Lebih percaya diri.

Lelaki botak ini juga dikatakan lebih percaya diri. Mana tidaknya kalau tidak percaya diri pasti mereka ini tidak akan memilih potongan rambut botak ini sebagai pilihan. Jadi mereka tahu, gaya ini sesuai dengan dirinya dan tidak memikirkan pandangan orang lain.

3. Kelihatan lebih matang.

Apa yang menariknya lagi, lelaki yang berketerampilan botak ini lebih kelihatan matang di mata wanita. Mengapa matang? Mungkin mereka terlalu yakin dengan gaya mereka yang tersendiri. Dan gaya tidak berambut ini hanya sesuai untuk lelaki yang matang sahaja.

4. Tidak cerewet.

Bila sudah tidak berambut pastilah mereka ini tidak cerewet. Sebab apa? sebabnya mereka tidak perlu memikirkan gaya rambut mana yang sesuai untuk dirinya. Bukan itu sahaja, mereka tidak perlu membeli dan memilih pelbagai jenis pomade dan minyak rambut yang ada di pasaran. Sikat pun tak payah beli, jimat.

5. Lebih berani.

Lelaki botak ini mestilah kena berani. Kalau tidak berani bagaimana hendak memilih gaya tidak berambut ini sebagai penampilannya. Jadi sifat berani mereka ini sememangnya dari dalam. Bukan hanya berani dari luaran sahaja. Tapi bila orang pandang sahaja lelaki botak ini sudah takut dah.

Walaupun begitu, tidak ramai yang mahu memilih botak sebagai penampilannya. Dan tidak semua wanita meminati lelaki botak ini. Mungkin mereka hanya sedap di pandang oleh kaum wanita, hanya kerana kelihatan bersih dan kemas. Jadi jangan jadi botak demi memikat hati wanita pula ye. Takut tidak kena dengan gaya dan rupa anda pula.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: