JDT didenda RM10 ribu atas kesalahan penyokong sendiri
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu telah mengumumkan di laman fanpage FAM bahawa JDT didenda sebanyak RM10,000 atas kesalahan yang telah dilakukan oleh penyokong JDT sendiri.
Pada perlawanan menentang Melaka United yang berlangsung di Stadium Larkin, penyokong JDT membaling objek berupa resit ke kawasan padang.
Perbuatan ini melanggar peraturan 40.1 Peraturan Pertandingan dan juga Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan yang terkandung dalam Manual Liga Malaysia 2017.
Kesalahan ini dilakukan ketika lagu negeri Johor sedang berkumandangan dan perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan JDT 7-0 ke atas Melaka United.
JDT pernah didenda RM25 ribu
Untuk rekod, JDT atau PBNJ pernah dikenakan denda sejumlah RM25 ribu atas kesalahan membakar suar dan juga membaling resit pada tiga tahun yang lepas.
Baca juga: Video: Gol terbaik JDT untuk April 2017