JDT Menghadapi PKNS FC Tanpa Safiq Rahim
Pada malam ini JDT akan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk menentang PKNS FC. Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-13 dalam kalendar Liga Super 2017. Skuad JDT telah bertolak ke Selangor pada hari semalam dan telah pun selamat tiba di Shah Alam.
Berlepas tanpa tonggak tengah
Skuad JDT akan menentang PKNS FC tanpa tonggak tengah JDT iaitu Safiq Rahim. Dia dikenakan pergantunggan satu perlawanan kerana sudah mengumpul tiga kad kuning. Safiq Rahim menerima kad kuning pertama ketika menentang Kedah pada perlawanan yang pertama.
Kad kuning kedua dan ketiga masing-masing diperolehi ketika menentang Pahang dan juga Melaka United. Kami jangkakan posisi Safiq Rahim akan diisi oleh Nazmi Faiz dan dibantu oleh Yol dan Afiq untuk menguasai kawasan tengah semasa pelawanan nanti.
Mempertahankan kelebihan 6 mata
Skuad JDT akan turun malam ini dengan misi untuk mencari kemenangan dan seterusnya mempertahankan kelebihan 6 mata dengan pasukan di tempat kedua. Malam ini juga, JDT akan diperkuatkan oleh import terbaru dibahagian serangan, Mohammed Ghaddar. Pastinya aksinya sangat dinantikan oleh penyokong JDT
Kami mengharapkan Ghaddar dapat menjaringkan gol pertamanya dalam penampilan pertama malam ini. Sama seperti yang dilakukan oleh Gopi. Dan juga, kemenangan diharap berpihak kepada JDT. Selamat berjuang para pemain JDT.
Baca juga: Piala Malaysia 2017: 5 Perkara Menarik Untuk Kumpulan D