Negeri Sembilan Vs Jdt Menang

JDT Puas Ratah Negeri Sembilan

Negeri Sembilan menjadi skuad belasahan apabila tumpas 0-4 kepada Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Dengan kemenangan itu, JDT mengukuhkan cengkaman di puncak liga selepas membaham NS yang terus kempunan mencatatkan kemenangan kali kedua.

Hanya tiga minit permainan bermula, skuad Hobin Jang Hobin dihukum apabila bola terkena tangan pemain tengah, Mohd Fauzan Dzulkifli di dalam kotak penalti. Pemain tengah JDT, Gonzalo Gabriel Cabrera menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan pasukannya di depan.

[AdSense-B]

Pada minit ke-10, pasukan tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan namun rembatan dari luar kotak penalti oleh Dohean Kim sedikit tersasar.

Skuad JDT melancarkan asakan berterusan sehinggalah minit ke-30 dan Negeri Sembilan cuba menunjukkan semangat melawan tetapi jentera serangan gagal menembusi benteng pelawat yang dikawal kemas gandingan Marcos Antonio dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Selang tujuh minit, JDT memperoleh gol kedua menerusi tandukan rendah Corbing Ong akibat kesilapan penjaga gol, Muhamad Ilham Amirullah Razali yang terlepas bola dakapan. Keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan memberikan asakan balas dan memperoleh penalti pada minit ke-56 namun sepakan gagal disempurnakan Dohean Kim apabila bola terkena palang.

[AdSense-B]

Pada minit ke-62, JDT mendapat sepakan penalti kedua apabila Muhammad Safawi Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti dan disempurnakan sendiri pemain itu.

Safawi menunjukkan malam gemilang buatnya apabila menambah gol keempat buat pasukan Harimau Selatan menerusi gerakan solo dari sebelah kiri dengan sepakan padu dan Negeri Sembilan gagal bangkit hingga wisel penamat.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Kekal Rekod Kemenangan, Peluang Kejar JDT – Dollah Salleh

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: