Selangor Vs Jdt PM

JDT vs Selangor: 4 Perkara Yang Menunjukan Selangor Sukar Dikalahkan di Larkin

Pada malam esok akan berlangsungnya perlawanan ke-6 peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 yang menemukan pasukan JDT dan Selangor di stadium Larkin. Kedua-dua pasukan sudah layak ke peringkat suku akhir namum keputusan perlawanan tersebut akan menentukan pasukan juara kumpulan.

Berdasarkan semakan statistik perlawanan antara kedua-dua pasukan ini, kami temui 4 perkara yang menyebabkan JDT sukar menewaskan Selangor walaupun di kubu kuat JDT sendiri. Inilah 4 perkara tersebut:

[AdSense-B]

1- Peratusan untuk Selangor kalah adalah 33.33% sahaja

Semenjak 2013, Selangor sudah 6 kali berkunjung ke Stadium Larkin. Selangor berjaya menewaskan JDT pada kunjungan pertama mereka ke stadium Larkin. Selepas itu JDT berjaya menewaskan Selangor 2 kali dan baki 3 perlawanan adalah seri.

JDT menang – 2 perlawanan (33.33%)

Selangor menang – 1 perlawanan (16.67%)

Seri – 3 perlawanan (50%)

Berdasar statistic ini, perlawanan antara JDT dan Selangor mempunyai kemungkinan untuk seri adalah yang paling tinggi.

2 – Hanya satu pertemuan JDT tidak dibolosi

Berdepan dengan Selangor, JDT berdepan kesukaran untuk mempertahankan gawang sendiri dari dibolosi dan hanya pada pertemuan terakhir  JDT berjaya mendapat ‘clean sheet’ itupun dengan keputusan seri 0-0. Dari segi jumlah gol, JDT perlukan paling kurang 3 gol untuk menjamin kemenangan.

[AdSense-B]

Untuk musim ini, Selangor adalah satu-satunya pasukan yang bertandang ke stadium Larkin dan berjaya mempertahankan pintu gol mereka dari dibolosi. Untuk rekod, sebanyak 54 gol berjaya dijaringkan oleh JDT di stadium keramat ini.

3- Andik dan Amri pernah menjaringkan gol di Larkin

selangor vs jdt amri yahyah

Andik dan Amri boleh menjadi duri dalam daging buat JDT. Menerusi semakan kami, mereka pernah menjaringkan masing-masing satu gol ketika menentang JDT. Amri menjaringkan gol kemenangan Selangor ketika berkunjung ke stadium Larkin pada tahun 2013.

Selain itu, Mahali Jasuli, Forkey Doe, Paulo Rangel dan Hafiz Kamal pernah menjaringkan masing-masing 1 gol di stadium Larkin.

4- Pasukan pertama yang menewaskan JDT di stadium Larkin

Selangor merupakan pasukan pertama yang menang di Stadium Larkin semenjak transformasi JDT oleh TMJ. Pada 06/04/2013 Selangor berkunjung ke Stadium Larkin untuk perlawanan Piala FA 2013. Dalam perlawanan tersebut Selangor menang dengan keputusan 1-2 hasil jaringan Mahali dan Amri.

Pastinya, Amri masih lagi ingat kenangan tersebut dan mahu mengulanginya sekali lagi pada malam esok.

[AdSense-B]

Rumusan

Walaupun dilihat Selangor mempunyai kelebihan, kami berharap dengan sokongan penonton JDT di stadium dalam membangkitkan semangat juang pemain JDT dan memperolehi kemenangan pada malam esok.

Baca juga: Hazwan Bakri, Menjadi Penyelamat Dan ‘Game Changer’ Kepada Strategi Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: