Jendela Perpindahan Pemain Musim 2017

Jendela Perpindahan Pemain Musim 2017

Dalam satu infographik daripada FMLLP, mereka ada memberitahu tarikh-tarikh penting sebelum Liga-M bermula termasuklah tarikh jendela perpindahan pemain untuk musim 2017. Setakat hari ini, empat pemain baru JDT telah diperkenalkan. Kami masih menunggu beberapa nama lagi yang hangat diperkatakan.

Pendaftaran pemain musim 2017

Sekurang-kurangnya 20 pemain dan pegawai perlu didaftarkan pada atau sebelum 6 Januari 2017.

[AdSense-B]

Jendela perpindahan pemain pertama

Pemain baru sama ada pemain tempatan mahupun import perlu didaftarkan dalam tarikh 31 Oktober 2016 hingga 22 Januari 2017. JST sudah perkenalankan empat pemain baru JDT iaitu Faiz Nazmi Mansur, Syahrul Azwari IbrahimMuhammad Haziq dan Ernest Wong.

Pemain baru JDT 2017 Muhammad Haziq dan Ernest Wong jendela perpindahan pemain

Pemain baru JDT 2017 Syahrul Azwari Ibrahim jendela perpindahan pemain

Siapa lagi pemain baru yang akan dibawa masuk oleh Mario Gomez? Seingatkan kami, Safawi Rashid sudah bersetuju ke JDT tetapi belum lagi sain kontrak. Harapnya, kontrak Safawi dapat ditandatangan secepat mungkin. Tiada berita lagi mengenai permohanan JDT untuk merisik Hazwan Bakri.

Jendela perpindahan pemain kedua

Pemain baru sama ada pemain tempatan mahupun import perlu didaftarkan dalam tarikh 15 Mei 2016 hingga 11 Jun 2017.

[AdSense-B]

Seperti yang TMJ beritahu semasa sesi dialog pada 16 November 2016 point no 6, pada tahun hadapan, JDT tidak ada masalah untuk ambil pemain JDT II kerana kami di JDT boleh menukar mana-mana pemain pada bila-bila masa sepanjang musim tanpa perlu menunggu jendela perpindahan.

Cuma mengikut pengalaman kami, perkara ini dibenarkan berdasarkan umur pemain. Kemungkinan kesemua pemain JDT II akan berada dalam peringkat umur yang dibenarkan.

Baca juga: Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: