Jdt Berstatus Afc Licensed Club

Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia

Pihak Asian Football Confederation (AFC) telah mengemaskini senarai kelab yang berstatus AFC Licensed Club. JDT merupakan satu-satunya kelab di Malaysia berada dalam senarai tersebut.

Apakah kelebihan memperolehi AFC Licensed Club?

Kelab yang bersatus AFC Licensed Club boleh menyertai pertandingan tertinggi dalam AFC iaitu Piala AFC Champion League ataupun secara ringkas disebut Piala ACL. Kelab tersebut layak berada di Piala ACL sama ada melalui peringkat kelayakan ataupun terus ke peringkat kumpulan berdasarkan MA ranking.

[AdSense-B]

Status AFC Licensed Club dan penglibatan JDT dalam Piala ACL

Johor DT mula memohon untuk mendapatkan lesen ini bermula pada tahun 2014 lagi. Setelah membuat segala persiapan, pada tarikh 14/10/2014 pegawai-pengawai dari AFC telah berkunjung ke Larkin untuk menilai permohonan JDT untuk diiktiraf sebagai AFC Licensed Club.

jdt dan afc licensed club

Lawatan pegawai-pegaawai dari AFC dan FAM ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan fasiliti JDT pada 14 Oktober 2014. Sumber gambar: JST

pegawai-afc-melawat-faciliti-jdt-untuk-afc-licensed-club-2

Lawatan pegawai-pegaawai dari AFC dan FAM ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan fasiliti JDT pada 14 Oktober 2014. Sumber gambar: JST

Selepas lawatan tersebut, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar bila Johor DT memperolehi lesen tersebut. Tetapi pada tahun 2015, Johor DT telah layak ke pusingan kelayakan dalam Piala ACL. Ini bermakna, JDT menjadi kelab pertama menjadi AFC Licensed Club. Pada tahun tersebut, JDT berjaya menewaskan Bengaluru FC pada perlawanan kelayakkan pertama tetapi terkandas pada kelayakkan kedua di tangan Bangkok Glass.

Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2016, masih tiada kelab yang berjaya memperolehi lesen ini. Johor DT terus menjadi kelab tunggal memperolehi lesen ini. Disebabkan berjaya menjadi juara Piala AFC 2015, Johor DT mendapat ‘bye’ untuk kelayakkan pertama Piala ACL tetapi langkah terbantut selepas kalah ditangan Muangthong United.

jdt dan afc licensed club

Ringkasan Kelab-Kelab dari Asia Tenggara yang berstatus AFC Licensed Club 2017. Sumber gambar: 90minit.com

Selepas 2 tahun, berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh AFC, Johor DT masih menjadi kelab tunggal di Malaysia yang berstatus AFC Licensed Club. Walaupun begitu, terdapat 2 permohonan diterima AFC untuk mendapatkan lesen ini. Satu permohonan dari JDT dan satu lagi permohonan tidak dinyatakan.

[AdSense-B]

Jika masih tiada kelab lain yang berstatus AFC Licensed Club?

Jika tiada kelab lain yang berjaya memperolehi lesen ini, ia satu kelebihan buat Johor DT. Ini kerana, walaupun Johor DT tidak menjadi juara Liga Super untuk tahun tersebut, JDT masih boleh bermain di Piala ACL untuk tahun berikutnya disebabkan hanya kelab yang mempunyai lesen sahaja layak bermain di Piala ACL.

Senarai penuh kelab-kelab yang berstatus AFC Licensed Club:

http://www.the-afc.com/uploads/afc/files/ma-licensed_clubs_2017.pdf

Baca juga: Izham Tarmizi Nikahi Mia Ahmad Januari Depan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: