1

Kalau Anda Benar Sayangkan Bayi anda, Buang Sarung Tangan Bayi Anda Jauh-Jauh

Wanita ini pelik setiap kali dia pergi ke Hospital Swasta, Dr Pakar Kanak kanak akan buang sarung tangan bayinya, lepas dia tanya kenapa , terdiam dia dengar nasihat doktor pakar itu.

SARUNG TANGAN BAYI BARU LAHIR AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN BAYI

Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”…

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.

Ketika anak saya berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.

Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya.

“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.

Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.

Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.

Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang. Kenapa kita pakaikan mittens pada bayi kita?

Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.

Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan

Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan bre4stfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.

Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling?

Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: