Samuel Caceres Pemain Baru JDT II

Pemain Import Baru JDT II 2017: Kenali Samuel Caceres

Samuel Caceres atau nama penuh nya Samuel Catalino Cáceres Arza telah diumumkan sebagai pemain import JDT II yang keempat untuk memenuhi kuota pemain import pada musim ini. Pihak JST telah mengumumkan kemasukan beliau pada 6 Januari 2017 yang lepas.

Beliau akan bermain di posisi pertahanan tengah dan akan bersaing dengan Amir Saidin dan Alex Smith. Beliau menggantikan Rafael Bonfim yang telah keluar dari pasukan.

Jom kenali beliau dengan lebih dekat.

[AdSense-B]

Biodata Samuel Caceres

samuel caceres jdt

Nama Penuh : Samuel Catalino Cáceres Arza

Tarikh Lahir : 20 Mac 1989

Umur : 28 Tahun

Asal : Asunción, Paraguay

Posisi : Pertahanan Tengah

PENCAPAIAN:

Club Atlético Independiente : 2009-2016 (20 Penampilan, 4 Gol)

Club Atlético Nueva Chicago : 2012-2014 (20 Penampilan, 2 Gol)

New York Cosmos : 2015-2016 (12 Penampilan, 0 Gol)

[AdSense-B]

Corak Permainan

Jika dilihat melalui video di Youtube, kami merasakan beliau memang pilihan tepat untuk menjadi benteng di hadapan penjaga gol. Kebolehan membaca gerakan lawan yang baik, bentesan yang tepat dan mampu juga menjaringkan gol melalui set-pieces yang menarik.

Mungkin dari segi fizikal agak meragukan bagi kita di Malaysia. Kebiasaannya seorang pemain pertahanan mempunyai badan yang besar, tinggi dan tegap. Tetapi pemain ini bersaiz sederhana sahaja.

Selain dari itu, buat masa ini kami belum boleh melihat sejauh mana kehebatan pemain ini. Akan tetapi kami percaya dengan pilihan jurulatih Jdt II, Benjamin Moura untuk membawa pemain ini kedalam pasukan.

Saksikan Video Permainan Samuel Caceres yang telah kami sediakan

Apa pula komen dan pandangan anda mengenai pemain ini?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: