Pertemuan Penyokong Jdt Dan TMJ

Kenapa penyokong JDT berang semalam? Kami senaraikan 5 sebab.

Selepas sekadar seri dengan Selangor semalam 0-0 di Larkin, fanpage JST diserang oleh penyokong JDT berang dengan prestasi semasa JDT. Mereka nampak nya semakin tidak berpuas hati dengan corak permainan JDT di bawah jurulatih Benjamin Mora. Di sini, kami senarai 5 sebab-sebabnya:

1. Tiada Sistem Penggiliran Pemain Diamalkan

Ini merupakan persoalan utama kami dan juga penyokong JDT. Skuad JDT mempunyai lebih kurang 28-30 pemain yang sentiasa bersedia untuk diturunkan. Tetapi Benjamin Mora hanya menggunakan antara 16-18 pemain sahaja.

Semasa latihan tidak pula kelihatan ada yang cedera. Kualiti semua pemain yang berada dalam pasukan JDT boleh dikatakan hampir sama. Kita akan rugi jika tidak betul menggunakan semua pemain yang ada.

Pulang dari Jepun selepas perlawanan pusingan kelayakan Asia Champions League(ACL)  2017 sepatutnya kita boleh merehatkan beberapa pemain. Nazmi, Shakir, Izham dan Hazwan boleh dimasukkan untuk menggantikan beberapa tonggak utama yang sudah pasti keletihan.

Kami yakin yang tenaga tempatan ini ada yang lebih baik dari pemain import yang ada sekarang. Jika Hazwan Bakri diberikan lebih peluang untuk bermain kami yakin dia boleh menjaringkan gol.

2. Tidak Menggunakan “Pure Defensive Midfield”

Shakir Shaari dan Afiq Fazail merupakan pemain “defensive-midfield” yang baik dan berkualiti. Tapi kenapa Amirulhadi masih lagi menjadi pilihan? Selepas 5 perlawanan, keputusan untuk meletakkan Yol di posisi ini sering dipersoalkan.

Itu yang menjadi pertanyaan oleh setiap penyokong JDT. Kita telah pun “melepaskan” Harris Harun ke kelab di Sepanyol. Beliau merupakan pemain yang sangat baik di dalam posisi ini.

Kehilangan beliau sangat dirasakan oleh Safiq Rahim. Beliau tidak dapat bergerak bebas dan melakukan gerakan bahaya seperti dulu kerana beliau perlu turun membantu pasukan untuk bertahan.

Kami merasakan sudah tiba masanya Shakir atau Afiq diberikan peluang bermain pada selasa nanti.

3. Import Yang Tidak Berfungsi Baik

Dari 4 pemain import yang ada sekarang hanya 2 orang saja yang betul-betul layak untuk beraksi dengan pasukan JDT. Selepas 3 atau 4 perlawanan ini kita dapat merasakan mereka masih lagi tidak dapat serasi dengan pasukan.

Ada pemain import yang seperti syok sendiri dan tamak. Bermain seperti tiada ahli pasukan. Kebanyakan gerakan solo beliau semakin mudah dibaca.

Kami agak kecewa dengan pilihan pemain import pada tahun ini. Jika benar kita hendak berjimat, dengan mengekalkan Harris Harun dan Marcos Antonio sudah cukup.

Dua pemain ini mempunyai daya permainan yang boleh memberikan hasil yang terbaik untuk pasukan. Untuk posisi penyerang pemain tempatan seperti Hazwan Bakri dan Darren Lok boleh menjaringkan gol jika diberikan peluang bermain yang cukup.

4. Taktikal Yang Tidak Jelas Dengan Pasukan

Selepas Benjamin Mora mengambil alih pasukan dari Mario Gomez kita boleh melihat beliau telah beberapa kali mencuba taktikal pasukan. Bermula dengan bertemu Kedah sehingga perlawanan terakhir semalam.

Kita masih tidak dapat melihat apakah taktikal sebenar yang ingin diaplikasikan ke dalam pasukan. Apakah filosopi bolasepak yang ingin diterapakan ke dalam pasukan?

Di mana posisi terbaik Gonzalo Cabrera? Sebagai pemain sayap atau penyerang kedua di belakang penyerang utama. Bagaimana pula dengan Brian Ferreira? Adakah beliau sedang diubah dari pemain tengah menyerang kepada penyerang utama?

Ini semua persoalan yang tidak berhenti bermain di minda kami…

5. Kemerosotan Prestasi Beberapa Pemain Utama

Kita boleh lihat beberapa pemain utama agak menurun prestasi nya. Boleh dikatakan agak yo-yo juga prestasi mereka.

Hari ini boleh beraksi dengan baik, tapi esok akan bermain seperti bermain bola sepak petang. Ini sangat memalukan bagi standard setinggi Liga Super ini.

Selain itu, ketiadaan pasangan serasi juga boleh menyebabkan  prestasi pemain itu hambar. Seperi Safiq, dia perlukan seorang “defensive-midfield” yang boleh melakukan kerja kotor di bawah sementara membebaskan dia bergerak ke atas dengan lebih mudah.

Initipati pertemuan penyokong dengan TMJ

Jika dilihat pada intipati pertemuan ini yang sudah tersebar di media sosial, nampaknya TMJ sendiri mengakui kritikan yang telah penyokong suarakan. Kami tabik dengan TMJ yang berani mengaku salah. Selepas kita, kita sama-sama menantikan perkembangan positif dari kem JDT.

Mereka yang menegur bukan lalang. Yang ditegur pun boleh terima dengan terbuka. Inilah yang kami semua mahukan. Terima kasih.

Baca juga: Laporan perlawanan: JDT 0 Selangor 0

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: