Haziq Jdt

Ketiadaan Farizal, Peluang Untuk Haziq Nadzli

Seperti yang kita sudah sedia maklum, JDT telah kehilangan khidmat Farizal selama setahun iaitu dari 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018. Malam tadi juga, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan JDT tidak akan menggantikan Farizal dan akan menggunakan 2 penjaga gol sahaja.

Dengan situasi terbaru ini akan memberi peluang kepada Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Untuk artikel kali ini, kami memberikan tumpuan kepada Haziq kerana dia adalah penjaga gol muda dan masih boleh digilap bakatnya.

alistair edwards on farizal

JDT tiada masalah dengan 2 penjaga gol

Berdasarkan dari statisitk JDT dari musim 2014 hingga 2016, JDT selalu menurunkan penjaga gol pertama dan kedua sepanjang musim tersebut walaupun JDT mempunyai penjaga gol ketiga. Namun pada tahun ini, Haziq telah pun bermain 2 perlawanan walaupun dikatakan penjaga gol ketiga.

Kami juga berharap tidak akan perkara diingini berlaku ke atas kedua-dua penjaga gol kita ini. Jika tidak mungkin Safawi akan menjadi penjaga gol lagi sekali.

Pengalaman dalam liga super

Walaupun baru berusia 19 tahun, Haziq sudah berada dalam kesebelasan utama dan mempunyai pengalaman dalam Liga Super dan juga Piala FA ketika bersama PDRM musim lepas. Kami tidak mempunyai rekod penampilan pemain PDRM dalam Piala Malaysia.

Semasa bersama PDRM, Haziq berjaya mengumpul 13 penampilan dalam Liga Super dan 4 penampilan dalam Piala FA. Ditambah dengan didikan dari jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman, adalah tidak mustahil untuk Haziq mencabar kedudukan Izham Tarmizi merebut posisi penjaga gol utama JDT.

Menfaatkan peluang bermain

Liga super 2017 hanya mempunyai baki 9 perlawanan dan Piala Malaysia hanya menawarkan 6 perlawanan pada peringkat kumpulan. Jika JDT tidak melepasi peringkat kumpulan seperti musim lepas, JDT akan hanya mempunyai 15 perlawanan yang akan digilir-gilirkan dengan 2 penjaga gol ini.

Dengan pertambahan 7 atau 8 lagi penampilan untuk Haziq, Ia merupakan satu peluang yang amat bermakna untuk Haziq. Peluang ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuannya. Kalau ada rezeki, dia boleh menjadi penjaga gol no 1 JDT.

Satu pemain untuk syarat feeder club

Jika Haziq berjaya mendapatkan kepercayaan coach untuk menjadi penjaga gol utama, JDT sudah menjumpai satu dari empat pemain bawah 23 tahun yang kene diturunkan untuk memenuhi syarat feeder club pada tahun hadapan.

JDT hanya perlu mencari tiga lagi pemain untuk memenuhi syarat tersebut sepenuhnya. Namun, adakah perjanjian feeder club ini akan diteruskan atau dimansuhkan?

Kesimpulan

4 pemain JDT yang masih belum diturunkan haziq nadzli

Dengan perkembangan terbaru ini, peluang untuk Haziq sudah terbuka luas untuk selalu beraksi bersama JDT sudah terbuka luas. Sekarang, semuanya terserah kepada tuan badan sendiri. Kami mengharapkan agar Haziq menunjukan kesunguhan semasa sesi latihan dan meningkatkan prestasi apabila diturunkan bermain.

Kami sebagai penyokong juga mengharapkan JDT mampu membangunkan pemain-pemain muda untuk kegunaan pada masa hadapan. Kami rasa, langkah ini lebih menjimatkan lagi dari membeli pemain yang telah sedia ada di pasukan yang lain.

Baca juga: Video: Lagu Ayuh Johor Cover Oleh Rozaimi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: