Jdt Safiq Rahim

Konfrontasi Desentralisasi Empayar Daksina

Liga Super Malaysia musim 2017 berakhir dengan mata keseluruhan yang dikutip sebanyak 49 mata, Harimau Selatan dinobatkan dua bulan awal sebagai juara menutup cerita. Realitinya saban tahun JDT semakin jauh melangkah, meninggalkan pasukan pesaing yang pasif berubah.

Imbas kembali, sejak penjenamaan semula JDT digaris masa, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah merencanakan pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang mengikut fasa.

[AdSense-B]

Kenyataan yang paling menjadi inspirasi oleh Tunku Mahkota Johor pada awal transformasi JDT ialah:

“2013 adalah latihan, 2014 masa memanaskan badan dan 2015 adalah masa perlawanan.”

Fasa perjalanan JDT adalah Fasa perubahan, fasa pembelajaran dan fasa kejayaan telah dicanang. Ketiga-tiga fasa ini dilalui seperti yang dirancang.

“Belangsungkawa Akal Prejudis, rosak jiwa otak primitif”

Rasionalnya pada hari ini, pasukan lain di Liga Malaysia tidak mampu menjejaki kejayaan yang dicetak JDT sehinggalah ada individu yang ikhlas dan berfikiran inovatif seperti DYAM Tunku Mahkota Johor menerajui pasukan mereka.

“Apabila saya mula mengambil alih JDT, matlamat saya adalah untuk mencipta sejarah”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sesungguhnya kebenaran amat pahit untuk ditelan, kebanyakkan individu yang meneraju pasukan liga tanah air hanyalah individu yang berideologi politik dan berstrategi kapitalis malahan mempunyai agenda peribadi untuk kantung sendiri. Organisasi menjadi lubuk rezeki, untuk kaut keuntungan berbaldi.

Tiada pelan jangka masa panjang untuk pasukan tersebut. Bertahan satu hingga dua musim lalu berkubur. Bunga hutang pula kembang mekar dan subur.Pasukan ditinggal, lubang tujuh kaki siap diatur. Sampai masa jirus air, bunga mawar ditabur.

[AdSense-B]

“Clown Colony”

Akhir-akhir ini media tabloid Malaysia seakan melancarkan dakyah yang meracun pemikiran peminat bolasepak tempatan.

Memang lumrah apabila membenci sesuatu perkara, segala usaha dan perkara baik tidak akan nampak dan tertutup. Kita marahkan Tv3, Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, kosmo dan Harian metro ketika menyiarkan berita tentang kebaikan kerajaan dalam usaha mereka membangunkan negara dan memperjuangkan hak rakyat. Kita mengatakan ia hanya propaganda menutup semua kesalahan tampuk pimpinan kerajaan yang memerintah.

Tetapi,

Apabila disiar berita yang melibatkan TMJ, JDT, FAM dan Skuad Malaysia,rakyat Malaysia sehati sejiwa setuju setiap inci apa yang dikatakan. Walaupun secara terangan mereka tahu bahawa media tabloid ini adalah media tunggangan dan berita itu hanya dijadikan sebagai medium atau platform memporak-perandakan sokongan. Terhadap individu serta organisasi yang tidak di sukai supaya menjadi lebih dibenci.

Modus operandi yang sama sepertimana mereka melancarkan dan menyerapkan rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap pemimpin serta parti pembangkang.

“Tiada berpisah antah dan beras, Menggantang asap, mengukir langit”

Sedarlah, isu seperti isu melibatkan sukan ini,amat mudah untuk diubah gubah. Penulis dan wartawan seperti Firdaus Hashim adalah sekadar kambing hitam untuk melaksanakan tugas yang telah diarahkan.

Hanya menunggu wahyu dan menulis apa yang perlu.Ini dibuktikan,sehingga kini wartawan itu bebas menulis apa-apa isu tanpa dikenakan tindakan kerana melanggari etika.

“Tak karam di badai periscope menjirus, tak goyang walau dipayung Mammatus”

Namun semua yang berlaku jangan kita hirau dan risau. Sesungguhnya DYAM Tunku Mahkota Johor adalah satu dalam sejuta di dalam kancah bola sepak tanah air. Maka dengan itu, tidak menghairankan kita sentiasa di cemburui dan dibenci oleh rakyat Malaysia.

“Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri.

Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri.”- Dato Onn Jaafar

[AdSense-B]

“Psikosis Si Enosimania”

Kau marah kau harus tahu apa yang kau marah,

Kau benci kau harus tahu apa yang kau benci,

Jadikan tympanic membrance jaringan wikipedia

Jadi encephalon pusat arkib Ensiklopedia

Jangan ikut Charles Darwin tentang eksistensi

Jangan terikut teori insan termutasi

Akhir kalam,

Putihkan nurani kau buang hitamnya hati

Bersihkan rohani kau kebumi hasadnya dengki

Teruskan membenci kerana itulah membuatkan kami semakin kuat.

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

“KONFRONTASI DESENTRALISASI EMPAYAR DAKSINA”

Congak corak taktikal bergerak

Nampak tegak rentak bergolak

Gempur tempur jangan tersungkur

Merah tak kabur biru tak luntur

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu

??

[AdSense-B]

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,

Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat

-cheritha sudah tammat-

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Hafiz Othman

Sandiwara konvesional,Korotasinya nasional,Kontradisinya natural,aspirasinya bukan liberal