Al Fatihah Keatas Tunku Abdul Jalil

Al-Fatihah buat Tunku Abdul Jalil

Hari ini genap setahun Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pulang ke Rahmatullah. Kami ucapkan salam takziah kepada Sultan Johor dan keluarga. Bagi kami, kenangan manis dan budi pekerti Tunku Jalil tidak akan dilupakan oleh Bangsa Johor dan juga rakyat Malaysia.

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 5 December 2015. Baginda mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

tmj dedikasi juara liga super kepada tunku abdul jalil

TMJ ketika meraikan kejayaan JDT juara Liga Super bersama Bendera Rasmi Tunku Laksamana Johor milik adinda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang menyelubungi badan baginda. Sumber gambar: JST

Tunku Abdul Jalil disahkan menghidap kanser hati

Baginda diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor. Baginda disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China. Bagaimanapun, penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

[AdSense-B]

Marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah keatas Almarhum. Pihak JST juga ade mengeluarkan satu video mengenai Tunku Jalil.

Baca juga: Rozaimi dan Imej Barunya Menjadi Tumpuan Pada Sesi Latihan JDT II

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: