TEKNIK MASAK IKAN KELI GORENG TAK MELETUP

Letak Satu Bahan INI Rupanya Boleh Elak Ikan Keli Meletup Semasa Goreng, Baru Tahu!

Setiap kali masak ikan keli, pasti akan ada momen anda ‘berperang’ di dapur kerana letupan yang terhasil akibat menggoreng ikan keli. Lantas, cepat-cepat jari tangan kita mencapai telefon bimbit untuk mencari teknik masak ikan keli goreng tanpa menghasilkan sebarang letupan yang mengejutkan.

Tidak disangka, petuanya sangat mudah sekali seperti apa yang dikongsikan oleh Puan Zur Ain Salim di laman Facebooknya. Bila guna bahan ini semasa menggoreng ikan keli, ajaibnya tiada sebarang letupan berlaku!

TEKNIK MASAK IKAN KELI GORENG TAK MELETUP

Bahan-bahan goreng ikan keli:

-Ikan keli
-Tepung gandum
-Garam, kunyit dan tepung jagung
-Halia

Cara-caranya:

1.Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum.

2.Cuci dan sental-sental sampai lendir ikan tu hilang .. jangan sampai hancur pula ikan tersebut.

3.Dah siap sental-sental ikan tu, gaul lah ikan keli tu dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

4.Sukatan itu ikut sendiri berapa ekor ikan… lepas itu gaul lah bagi rata.

5.Ambil gaul-gaul ikan itu, panaskan minyak dulu .. celup jari dalam minyak nak rasa panas ke tak ( JANGAN TIRU AKSI INI ).

6.Dah panas minyak, letak 2/3 potong halia .. tapi tak payah buang kulit halia tu ..

7.Ikan dah siap digoreng .. cantik kan? Tak hancur pun!

*Buat peminat ikan keli semua, anda dah tak perlu risau kalau setiap kali nak menggoreng ikan ini. Tak payah berdiri dalam jarak satu kilometer dah!

Sumber: Zur Ain Salim

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: