Safawi Rasid Sukan Sea 1

Malaysia vs Brunei: 1 Gol Dan 1 ‘Assist’ Safawi Rasid, Syazwan Andik Sia-siakan 2 Peluang Keemasan

Perlawanan pertama Sukan SEA 2017 untuk pasukan Malaysia baru sahaja tamat sebentar tadi. Keputusan penuh di Stadium Shah Alam berkesudahan dengan kemenangan buat Malaysia dengan keputusan Malaysia 2 Brunei 1. Safawi dan Syazwan Andik berada dalam kesebelasan utama Malaysia.

Safawi Rasid

Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-4 dengan volley cantik selepas menerima hantaran dari Matt Davies. Safawi juga memperolehi beberapa peluang untuk menambahkan gol. Namun, minit ke-60 tendangan sepakan sudut Safawi ditanduk kemas oleh Adam Nor Azlin dan menjadi gol kemenangan Malaysia.

[AdSense-B]

Syazwan Andik

syazwan andik sea

Syazwan Andik bermain di posisi sayap kiri dan dapat bermain penuh 90 minit. Dia mempunyai 2 peluang keemasan untuk menambahkan jumlah jaringan Malaysia. Secara keseluruhan Syazwan bermain dengan baik dan membantu barisan serangan dan juga pertahanan.

Komen penyokong

[AdSense-B]

Perlawanan seterusnya

Malaysia akan bertemu Singapura pada hari Rabu ini. Kemudian pasukan Myanmar pada hari Isnin dan akhir sekali bertemu Laos pada hari Rabu hadapan. Semoga coach Ong Kim Swee dapat memperbaiki kelemahan yang dilihat pada perlawanan malam ini.

Baca juga: VIDEO: Gol Volley Padu Safawi Rasid, Malaysia vs Brunei

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: