Menjelang Jendela Perpindahan : Apa Yang Diperlukan Untuk JDT Sekarang Ini?
15 Mei yang akan datang, banyak pasukan berkira-kira ingin melepaskan pemain yang sedia ada atas sebab seperti mengenangkan bajet yang sedia ada, off-form ataupun menguatkan lagi pasukan untuk merebut gelaran Juara Liga bagi melayakkan pasukan ke piala AFC 2018. Setakat ini, JDT berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai “Raja” di Liga Super namun ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki bagi mengukuhkan kedudukan itu.
Seperti yang Axello Axel pernah mengulas di laman Facebook bahawa JDT masih bermasalah dalam isu fitness. Aku tidak menyangkal pernyataan tersebut, tapi mungkin akan menambah satu dua isu lagi dalam pendapat aku kali ini.
1- Fitness
Isu kali ni tidak keterlaluan aku cakap ia agak ketara terlihat dalam pasukan JDT. Mungkin atas jadual yang padat dan jadual Liga yang tak berapa konsisten. Apa yang terlintas di fikiran saya kali ini? Ya, masalah rotation player. JDT masih ramai player yang on-form namun kekurangan minit permainan. Pemain seperti Dominic Tan, Safawi Rashid dan Haziq Nadzli menunjukkan potensi yang terbaik walaupun kekurangan performance di padang, oleh kerana kesebelasan yang sama untuk beberapa perlawanan.
Aku pernah dengar khabar angin yang mengatakan jurulatih kecergasan baharu telah dilantik menggantikan Marcos Gonzalez. Tapi sejauh mana kesahihannya? Aku pun tak tau geng. Ia cuma khabar angin sepoi-sepoi bahasa. Cuma sembang “kosong” sahaja.
2- Kurang “kejam” di hadapan pintu gol
Mungkin korang semua tertanya-tanya, kurang kejam? Ok aku terangkan. Role no. 9 yang dipegang Hazwan kini masih buntu didepan gol. Guerra? Dia pegang freerole untuk melengkapkan falsafah yang TMJ mahu Mora terapkan dalam JDT. Maksud aku, kerja dia lebih roaming di zon 14. Import yang kini masih struggle, Brian Ferreira boleh kira-kira untuk dilepaskan. Tapi import mana yang boleh menggantikan beliau? Alves? Ghaddar? Mclaren? Korang boleh nilai sendiri.
Tapi bagaimana dengan pemain senior lain yang sudah melepasi tahap terbaik mereka seperti Mahali atau Amirulhadi? Mungkin pengalaman atau fizikal mereka masih lagi menjadi pertaruhan untuk JDT.
Tempo dan intensity
Seringkali kita lihat “pahlawan” kita tewas pada minit 60, dan kita berpendapat barangkali terlalu awal untuk berada dalam defensive mode. So apa option JDT yang boleh aku utarakan dekat sini ialah untuk tidak mengekalkan high intensity game untuk beberapa tempoh atau beri peluang pada pemain yang berapa dalam simpanan seperti Chanturu, Kunanlan atau Gopinathan.
Tidak terlalu keterlaluan untuk aku katakan, sehingga kini Azrif masih lagi menjadi weakest link yang boleh menggangu tempo permainan. Apa yang JDT boleh buat? Aku cuma berharap pada Azrif untuk kurangkan individual player bila mana things getting worse atau kita akan mengalami kebocoran pertahanan di bahagian kanan ataupun Mora boleh beri tempat ini kepada player lain.
Ini sekadar pendapat “kosong” dari aku yang hanya mahu lihat JDT lebih konsisten even struggle di takhta liga. Bohong laa aku kalau tak nak tengok JDT pegang piala tahun ni even TMJ tak target piala. Sekadar pandangan dari penyokong JDT. Korang rasa macam mana?
Baca juga: Video: Sorotan menarik pertemuan penyokong JDT dengan TMJ