Bahaya Jika Biarkan Diri Dalam Keadaan Tertekan, Amalkan 6 Jenis Minuman Ini Jika Anda Kerap Stres
Istilah stres menurut Hans Selye 1976 merupakan respons tubuh yang bersifat tidak spesifik terhadap setiap tuntutan atau beban atasnya. Berdasarkan pengertian tersebut dapat dikatakan stres berlaku apabila seseorang mengalami beban yang berat dan tidak dapat mengatasi tugas yang dibebankan itu.
Disebabkan itu, tubuh akan memberi respons tidak mampu lagi tanggung terhadap tugas yang dipikul tersebut sehingga seseorang mengalami keadaan stres.
Tatkala anda mengalami stres, tubuh juga cenderung mengalami mahupun dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, anda wajib mengatasinya dengan mengambil langkah-langkah perlu. Ini termasuk melakukan kegiatan kegemaran anda, bahkan mencuba minuman penghilang tekanan seperti berikut.
1. ‘SMOOTHIE’ LOBAK MERAH DAN TOMATO
Lobak merah dan tomato adalah sumber serat yang kaya dengan antioksidan bagi meredakan stres. Dalam pada itu, minuman ini juga mengandungi vitamin A dan C untuk menangani kesan buruk daripada radikal bebas.
2. ‘SMOOTHIE’ BETIK
Betik mengandungi zat antioksidan, yang dikenali sebagai karotenoid. Nutrisi ini mampu menenangkan tubuh anda daripada dalaman.
3. TEH DAUN PUDINA
Daun pudina dikenali dengan sifatnya yang anti radang, antioksidan dan perangsang kesihatan yang berguna bagi menangani stres. Daun pudina juga berguna untuk mengimbangi hormon, meredakan tekanan serta mengurangkan rasa bimbang.
4. ‘SMOOTHIE’ BERI BIRU
Kandungan vitamin C dalam buah beri biru dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh bagi melawan tekanan.
5. AIR HALIA
Halia mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai gingerol yang mana dapat menenangkan tubuh ketika anda berasa tertekan.
6. TEH KAMOMIL
Meminum teh kamomil yang hangat sangat berkhasiat bagi menghilangkan ketegangan dalam tubuh malah, minuman ini juga berkhasiat bagi cegah diri anda daripada mendapat serangan insomnia.
Semoga memberi manfaat.