Morais Sesi Latihan Jdt 2018

Morais Berpuas Hati Dengan Komitmen Pasukan

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais tampak berpuas hati dengan sesi latihan kedua yang dijalankan tatkala barisan pemain skuad itu memberi komitmen tinggi sepanjang latihan.

Pengendali kelahiran Almoster, Portugal itu menegaskan beberapa program latihan dibentuk terutama aspek kecergasan dan taktikal dan pemain tampak mampu menyesuaikan diri dengan perancangan yang dilakukan pada sesi latihan apabila mereka begitu fokus dan memahami apa yang perlu dilaksanakan.

[AdSense-B]

Tambahnya, persiapan itu penting bagi meningkatkan kualiti terutama tahap kecergasan memandangkan skuad Harimau Selatan akan mengadakan latihan pramusim di Bangkok, Thailand pada 8 Januari hinggi 17 Januari depan.

“Latihan pramusim di Thailand penting kerana kami akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan menentang kelab dari Liga Primier Thailand (TPL) dan kita tahu kelab di sana memiliki kualiti permainan yang tinggi.

“Aksi di sana juga mampu meningkatkan lagi tahap permainan pemain selain menguji kapasiti setiap pemain tatkala berdepan pasukan yang hebat yang akan beri tentangan buat JDT sebagai persiapan terbaik mengharungi kempen Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Untuk musim depan, beberapa muka baharu dibawa masuk ke skuad JDT. Namun hampir keseluruhan pemain adalah yang sedia ada dan ia beri ruang kepada saya mencorakkan taktikal berbeza sama ada perancangan A atau B,” katanya.

[AdSense-B]

Pada sesi latihan hanya kelibat Muhammad Haziq Nadzli, Muhammad Syamer Kutty Abba, Dominic Tan, Muhammad Adib Zainudin, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin tidak bersama skuad itu memandangkan semua pemain terbabit menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) menghadapi saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di China, bulan depan.

Morais menambah kombinasi pemain baharu dan yang sedia ada bakal membentuk persefahaman dan aksi konsisten dalam permainan malah mereka juga tampak sudah memahami corak permainan yang diinginkan dalam JDT.

Katanya, barisan pemain muda yang bersama JDT pada musim ini jelas berkualiti dan semestinya akan membentuk kombinasi mantap dengan pemain senior terutama memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan nanti.

“Walaupun pada musim ini, saya membimbing JDT pada pertengahan musim dan pada musim depan akan bermula di awal musim tetapi tiada perbezaan kerana apa yang diutamakan adalah memastikan ia konsisten dan terus ada peningkatan bagi mengharungi musim baharu nanti,” kata Morais.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Teerasil Dangda Masih Boleh Diturunkan Menentang JDT Walaupun Dipinjamkan Ke Sanfrecce Hiroshima

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: