Mulut Emak Paling Bisa Untuk Anak-anak, Terutama Tengah Marah. Ini Nasihat Mak Anak 9
Kalau tengah marah, mulut emak kadang boleh terbabas sebut ‘sesuatu’ pada anak. Yang baik atau buruk-buruk, terpulang pada kebiasaan mak-mak dalam ucapannya.
Ya, ada sesetengah mak-mak kalau dia dah marah macam-macam boleh keluar daripada mulutnya. Maklumlah, emosi pun dah kelaut. Tak mampu nak break, tetapi apa pula kesannya kepada si anak?
Inilah yang patut diubah dan untuk jentik hati mak-mak jemput baca perkongsian Puan Juriah Halimatun Ahmad, seorang supermom dengan tugasnya menguruskan anak-anak seramai sembilan orang.
Emak kalau Dah Marah…
‘Penatnya bang.. Gegirl sepahkan barang, budak-budak bergaduh. Yang seorang ni pulak tak nak pun tolong mummy. Baby pulak asyik melalak.. Huhu.. ‘ Naik lenjan mama fatim.
Biasakan dengan keluhan macam ni? Itu la yang kadang-kadang mama fatim selalu keluh kesah. Selalu mengadu pada suami. Walaupun dia bekerja dari pagi sampai petang, cuma sesekali kena out station keluar berhari-hari.
Ada masa naik rimas, ada masa geram dengan anak-anak . Kadang, makan pun tak sempat. Sembahyang pun ada masanya nak cepat-cepat. Tahu apa ayah diorang jawab ‘Kesian kat Ju. Sabar ye..’ Itu la yang selalunya ayah diorang tenangkan perasaan mama fatim ni. Itu je. Suruh sabar je. Tahu rasa macam mana? Ibu-ibu yang ada anak je tahu perasaannya, kan?
Bukan senang nak jaga anak-anak, 9 orang tau. Walaupun ada yang dah remaja, yang sepatutnya boleh menolong, tapi anak tetap anak, remaja dengan perangai remaja nya, yang kecil dengan perangai kanak-kanak nya, yang baby pun sama. Kadang-kadang, boleh menjeruk rasa, sakitnya tu di sini! Haha!
Cuma satu sahaja yang mama fatim tahu, walau marah macam mana pun pada anak-anak, mulut mama fatim tak pernah nak maki hamun, nak doakan yang tidak baik pada anak-anak. Setiap malam, sebelum tidur, mama fatim pasti doakan yang terbaik pada anak-anak.
Ada sekali tu waktu mama fatim marah sangat pada anak-anak dan whatsapp pada ayah diorang , tahu tak apa ayah diorang cakap? ” ‘Sabar Ju.. Waktu ni lah mulut Ju paling berbisa sekali. Sumpahlah diorang semua tu kebaikan. Mudah-mudahan makbul’.
Adehh.. Bagus kan nasihat ayah diorang ni. Nasib baik dapat ayah yang baik macam tu. Satu peringatan si ayah untuk mummy diorang ni. Simpan saja ‘sakitnya tu di sini’
Doa Yang Baik-baik Untuk Anak
Jadi, jangan putus harap dengan anak-anak. Doakan sahaja mereka kebaikan. Walaupun anak buat jahat, buat tak bagus macam mana pun, minta Allah bagi kebaikan pada mereka dan kita mendapat kebaikan dan pahala yang besar.
Kalau nak tahu, mulut emak ni memang paling bisa untuk anak-anak tau! Terutama tengah marah. Ingat tu.. Marah biar bertempat, dan biar berpada-pada.
Bila paling bisa, maksudnya doa ibubapa untuk anak-anak nya tiada hijab, jadi doakan mereka yang baik-baik. Setiap malam, doa untuk keredhaan atas kehadiran mereka didalam kehidupan kita.
Doakan agar kebaikan dan kejayaan sentiasa ada untuk anak-anak. Doakan mereka dijauhkan dari membuat perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa besar. Doakan mereka tetap beriman kepada Allah.
Moga-moga, Allah kabulkan doa supaya anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah untuk memberi kebaikan dunia dan akhirat, serta kebaikan kepada kita sebagai ibubapa. Jadi, jangan lupa, waktu mulut tengah berbisa tu, doa untuk anak-anak tau!
Boleh tolong SHARE, sebab kadang-kadang tak ramai ibu-ibu yang tahu mulut mereka ni bisa betul kalau berdoa untuk anak-anak tu. Jadi, ambil peluang doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.