Nazrin Nawi akui keputusan keluar dari JDT adalah tepat
Pemain sayap kiri Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi, gembira kerana keputusannya berhijrah ke Perak adalah tepat untuk menaikkan kembali kariernya yang sedikit suram ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim lalu.
Nama Nazrin melonjak ketika bersama Negeri Sembilan pada 2013 namun selama tiga musim di JDT, dia mengakui berdepan kesukaran bersaing dengan ramai pemain ternama.
[AdSense-B]Justeru, dia tidak berfikir panjang sebaik menerima tawaran Perak pada musim ini dan pendiriannya itu berbaloi selepas kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama musim ini.
“Sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Keputusan berhijrah ke Perak merupakan adalah tepat untuk saya kembali kerap beraksi di atas padang,” kata Nazrin.
Selain itu, anak jati Tumpat, Kelantan itu turut bercita-cita mahu kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kali terakhir pada 2015.
Dia mengakui sudah lama merindukan aksi pentas antarabangsa terutama mahu membantu pasukan negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019.
“Kali terakhir saya menyarung jersi kebangsaan pada 2015 berdepan Macau dan saya berharap dapat mempertingkatkan mutu permainan saya sebelum kembali ke pentas antarabangsa.”
Sumber: Stadium Astro
Baca juga: JDT Hampir Pasti Memahat Sejarah Baru Liga Super