Khasiat Air Beras Cuci Muka

Patutlah Nenek-Nenek Suka Simpan Air Beras, Rupanya Ada Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!

Seringkali kita dengar petua kecantikan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu, mereka menggunakan air beras untuk menjaga kesihatan kulit. Ini juga merupakan amalan wanita di Jepun apabila mereka tidak membuang air basuhan beras, sebaliknya simpan di dalam peti sejuk untuk tujuan kecantikan.

Bukan sahaja untuk kulit wajah, air beras juga mempunyai manfaat lain yang ramai masih tidak sedar. Selepas ini, janganlah buang air basuhan beras tersebut ya!

KELEBIHAN AIR BERAS, RUPANYA BANYAK MANFAAT!

Bahan yang diperlukan:

1/2 cawan beras (beras jenama apa pun boleh. Sebaiknya, guna beras jasmine atau beras putih.)

Cara penyediaan:

1. Basuh dahulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras.

2. Lepas itu, masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sehingga beras tenggelam.

3. Biarkan selama 15 minit.

4. Selepas 15 minit tuang air beras ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Beras tersebut boleh dimasak seperti biasa.

MANFAAT APA ANDA DAPAT?

1.Mencegah masalah jerawat

Oleh kerana tersumbatnya liang pori dan pengumpulan kotoran sel kulit mati pada kulit, maka wajah pun akan penuh dengan pertumbuhan jerawat. Rupanya, air beras turut digunakan secara tradisional untuk masalah kulit ini kerana mempunyai sifat antioksida yang tinggi. Patutlah nenek-nenek semua kulit cantik rupanya selalu guna air beras!

2.Boleh menghilangkan sunburn

Kulit jadi kemerah-merahan dan nampak seperti terbakar selepas pulang dari melancong atau melakukan aktiviti luar? Tak payah susah-susah guna produk kerana anda boleh guna air beras sahaja. Selain dari memakai ‘suncreen’ yang berkualiti untuk melindungi kulit, menggunakan air beras juga mampu untuk menghasilkan kolagen yang baharu pada kulit.

3.Merawat masalah kulit ekzema

Buat anda yang mempunyai masalah kulit ekzema, air beras dikatakan dapat merawat masalah kulit ini kerana ianya mempunyai sifat anti radang yang dapat mengurangkan kemerahan dan kegatalan pada kulit. Selari dengan penggunaan ubat dari doktor, boleh juga jadikan air beras ini sebagai alternatif kedua.

4.Merawat masalah kelemumur

Setiap kali sikat rambut mesti akan penuh kelemumur gugur dekat baju, malu lah! Bukan sahaja kerana kulit kepala yang kering malah punca kelemumur ini juga adalah disebabkan jangkitan kulit pada kepala. Selain menggunakan shampoo yang khas untuk masalah kelemumur, air beras juga digunakan untuk mencuci kulit kepala bagi mengaawal masalah keradangan.

5.Menyerikan wajah

Inilah yang paling diinginkan oleh orang ramai kerana semua orang mahu wajahnya berseri-seri! Namun, kata orang kalau nak mempunyai wajah berseri-seri, ada rutin khas yang perlu dilakukan dan ada yang menelan kos tinggi. Jangan risau kerana dengan kaedah tradisional pun anda dapat memiliki kulit yang sihat dan berseri. Air beras boleh digunakan sebagai masker muka untuk memberi kesegaran dan keserian pada wajah.

*Setiap kali basuh beras, simpan sikit air basuhan itu dan diletakkan dalam peti sejuk. Boleh buat jadi toner!

Sumber: Root of Science, Sinar Plus

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: