Petua Naikkan Seri Wajah

Petua Naikkan Seri Wajah Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Kena Guna Air Rebusan Ini

Keinginan setiap wanita pastikan ingin menaikkan seri wajah. Selain berdoa dan menggunakan produk penjagaan kulit, anda boleh dapatkan muka berseri-seri dengan air rebusan kunyit inai.

Menurut Puan Sarifa Redzuan, air ini turut digunakan oleh orang dulu-dulu dan sememangnya berkesan. Caranya mudah sahaja, jom baca.

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH GUNA AIR INI

Orang dulu-dulu nak naik seri, mereka minum air rebusan inai dan kunyit hidup. Air ini juga dibuat basuhan muka untuk cantikkan kulit dan untuk basuhan faraj.

Lebihan air ini saya buat spray muka. Letak dalam peti sejuk. Sejuk-sejuk spray muka memang seronok.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Segenggam daun inai segar
  • 1 ketul kunyit hidup size sederhana kecil

Cara penyediaan:

– Basuh bersih daun inai dan kunyit. Kemudian rebus dengan 2 cawan air sampai didih. Tutup api biar suam dan tapis.

1. Untuk buat minum

– 1/2 cawan air rebusan tu di tambah dengan 1-2 sudu madu asli. Boleh amalkan seminggu 2 kali.

2. Untuk kecantikan wajah

– Masukkan dalam botol spray dan simpan dalam peti sejuk. Boleh spray wajah setiap
hari.

– Selain itu, setelah mendidih boleh tuang dalam besen sederhana dan buat wap muka. Boleh amal seminggu 2 kali. Bagus untuk kecutkan jerawat

3. Untuk cucian atau rendaman faraj

– Lepas didih masukkan dalam air rebusan besen dan tambah air untuk suam. Boleh cuci atau buat rendam.

Cubalah! Anda pasti dapat rasa perbezaannya. Mudah sahaja kan?

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: