Gabriel Guerra

Peluang JDT Tebus Kecewa Final 2014

 

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais memuji persembahan cemerlang barisan pemainnya hingga berjaya membawa skuad Harimau Selatan ke final Piala Malaysia.

JDT mara dengan kelebihan agregat 4-1 selepas menewaskan Perak 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

[AdSense-B]

Morais berkata, segala perancangan yang direncanakan sebelum perlawanan diterjemahkan dengan baik anak buahnya, sekali gus mencatat kemenangan selesa ke atas Perak.

“Pemain saya dapat mengawal emosi dengan baik sepanjang permainan dan ia menjadikan persembahan mereka bagus.

“Mereka juga dapat menguasai bola dengan baik dan mengikut perancangan. Apa yang penting kami menang dan mara ke final,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Jaringan pada babak kedua daripada Gonzalo Cabrera, Gabriel Guerra dan Darren Lok membawa JDT ke final buat kali kedua selepas edisi 2014.

[AdSense-B]

Malah, ini adalah peluang terbaik buat Morais untuk membantu JDT menebus kekecewaan tewas 3-5 kepada Pahang di final tiga tahun lalu, sekali gus melengkapkan trofi saingan tempatan buat skuad Harimau Selatan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Piala Malaysia 2017: JDT 3 Perak 0, Harimau Selatan Mara ke Akhir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: