
Pemain Baru JDT 2018: Syamer Kutty Abba
Akhirnya desas-desus berkenaan Syamer Kutty Abba yang akan dibawa ke Johor Darul Ta’zim (JDT) terjawab. Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest mengumumkan melalui laman ‘facebook’ Johor Southern Tigers bahawa Syamer telah pun sah menjadi milik JDT.
Syamer merupakan pemain tengah bertahan di dalam skuad Harimau Muda. Beliau yang menjadi nadi penting buat skuad bawah 23 kebangsaan itu berjaya membawa nama Malaysia ke perlawanan akhir Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 sekaligus merangkul pingat perak.
[AdSense-B]Ketenangan beliau dalam mengawal bola amat menarik perhatian. Selain itu, selaku pemain tengah beliau juga bijak menghubungkan permainan antara barisan pertahanan dan serangan. Berikut serba sedikit mengenai pemain ini buat peminat JDT lebih mengenali beliau.
Biodata Syamer Kutty Abba
Nama penuh: Mohamed Syamer bin Kutty Abba
Tempat lahir: Pulau Pinang
Tarikh lahir: 1 Oktober 1997
Umur: 20 tahun
Posisi: Tengah
Kerjaya Professional
2016-2017: Pulau Pinang FA
[AdSense-B]Rekod Penampilan
Pulau Pinang FA: 25 penampilan
Kami percaya pembelian Syamer Kutty Abba adalah sebahagian daripada projek jangka masa panjang JDT. Pemain muda ini mempunyai ketenangan dan teknik kawalan bola yang sangat baik. Diharapkan Syamer dapat memberikan komitmen dalam usaha mengembangkan bakat muda beliau.
Selamat Datang Syamer Kutty Abba dari kami penyokong JDT.