Adam Nor Azlin

Pemain Baru JDT 2018: Adam Nor Azlin

Lewat petang tadi Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest mengumumkan melalui laman fanpage ‘Johor Southern Tigers’ berkenaan Adam Nor Azlin telah pun sah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Adam yang merupakan pemain bawah 23 tahun kebangsaan merupakan pemain yang serba boleh bermain di pelbagai posisi. Adam sebelum ini bertindak cemerlang dibahagian pertahanan membantu skuad Harimau Muda memenangi pingat perak di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

[AdSense-B]

Selain bermain di posisi pertahanan, beliau juga pernah bertindak sebagai pemain tengah dan juga penyerang ketika bersama Selangor dan Harimau Muda. Berikut serba sedikit tentang Adam Nor Azlin untuk peminat JDT lebih mengenali beliau.

Biodata Adam Nor Azlin

Nama penuh: Adam bin Nor Azlin

Tempat lahir: Klang, Selangor

Tarikh lahir: 5 Januari 1996

Umur: 21 tahun

Posisi: Pertahanan Tengah/Penyerang

Adam Nor Azlin 1

Kerjaya Professional

2013-2014: Harimau Muda B

2014-2016: Harimau Muda A

2016-2017: Selangor FA

[AdSense-B]

Rekod Penampilan

Harimau Muda B: 27 Penampilan, 10 gol

Harimau Muda A: 22 Penampilan, 6 gol

Selangor FA: 21 penampilan, 2 gol

Penulis merasakan Adam merupakan pembelian berbaloi oleh JDT. Dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan dalam padang, beliau merupakan seorang pemain yang baik selain berkebolehan dalam pelbagai posisi. Kami berharap Adam dapat mengembangkan karier beliau bersama JDT selain terus memantapkan permainannya.

Akhir kata, Selamat Datang Adam Nor Azlin dari kami penyokong setia JDT.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: