Pemain Import Baru JDT II 2017: Kenali Gabi Guerra
Selamat datang kami ucapkan kepada Gabi Guerra ke keluarga besar JDT. Untuk makluman semua, dia akan bermain untuk JDT II dan pihak pengurusan akan sentiasa memantau prestasinya. Gabi Guerra bukanlah nama yang asing untuk peminat bola sepak tempatan.
Jika anda masih ingat, Gabi Guerra pernah datang ke Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor dan menyertai ‘sparring match’ bersama TMJ, pegawai JDT dan juga Juan Sebatian Veron yang merupakan bapa saudaranya. Selepas itu, terus timbul berita tentang perpindahannya ke JDT.
Biodata Gabi Guerra
Nama penuh: Gabriel Miguel Guerra
Kerakyatan: Argentina
Tarikh lahir: 17 April 1993
Umur: 23 tahun
Posisi: Penyerang
Pasukan diwakili
2012-2015 Boca Junior
2016 PKNS FC (loan)
Pencapaian
Naib juara Piala FA 2016 dan Liga Perdana 2016. Berjaya membawa PKNS FC ke Liga Super 2017.
Kata-kata pembukaan
“Saya berasa amat gembira dan bangga dapat menyertai Kelab Bolasepak JDT dan bekerja di bawah pengurusan DYAM Tunku Mahkota Johor, seorang individu yang hebat dan bijak. Saya sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan memenangi seberapa banyak gelaran untuk musim hadapan.”
Video highlight
Baca juga: JDT, Juventus antara kelab tidak tewas di laman sendiri bagi tahun 2016