Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi

Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi, Ramai Yang Tak Pernah Cuba

Orang dulu-dulu memang banyak petua yang digunakan dalam mendidik anak. Antaranya adalah dengan menggunakan nasi sebagai penawar anak degil. Eh boleh ke?

Tak salah untuk mencuba dan InsyaAllah setiap yang dilakukan dengan niat yang baik pasti akan mujarab. Petua ini turut dilakukan oleh Siti Qeesyara dalam menangani masalah anak degil. Jom cuba.

PENAWAR ANAK DEGIL GUNA NASI? INI CARANYA

Nak kongsi petua yang mak saya ajarkan. Katanya ini merupakan tips dari orang tua-tua dulu. Kalau nak kurangkan degil anak dan lembutkan hati mereka, masa kali pertama sendukkan nasi, bahagian tersebut jangan dimasukkan ke dalam pinggan.

Sendukkan kali kedua barulah letak ke dalam pinggan anak atau suami. InsyaAllah petua ini boleh membuat anak lebih mendengar kata.

Ini hanyalah petua dan tidak salah untuk mencuba. Selain itu ibu ayah juga boleh mencuba cara seperti di bawah:

  • Dengar apa yang mereka cakap dan mahu
  • Banyakkan komunikasi dan jangan terlalu memaksa
  • Beri mereka peluang untuk memilih
  • Kekal tenang dan sabar dengan kerenah anak
  • Hormati keputusan si kecil
  • Bekerjasama dengan anak
  • Belajar untuk berunding sebelum menghukum
  • Wujudkan persekitaran yang menyenangkan di rumah
  • Faham pemikiran anak-anak
  • Ibu ayah kena tunjukkan sikap positif
  • Jadi ibu ayah yang menghadapi masalah anak degil, boleh cuba petua seperti dikongsikan di atas. Tidak salah untuk memberi hukuman dalam mendidik anak tetapi ingat, jangan terlalu berlebihan sehingga membawa kepada kecederaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Siti Qeesyara & Momjuntion

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: