Haziq Penalti Penanka

Pengalaman Beraksi Di Perlawanan Akhir Piala AFF B16 Pada 2013 Menjadi Sandaran Haziq Nadzli

Tanggal 2 September 2013, Malaysia menjuarai Piala AFF b16. Itu adalah kejayaan pertama dan terakhir skuad Malaysia untuk kejohanan serantau dalam kategori umur itu. Menang melalui penentuan sepakan penalti. Siapakah penjaga gol Malaysia?

Satu-satunya pemain yang berada dalam skuad sukan sea 2017 dalam skuad itu adalah penjaga gol Haziq Nazli. Selepas kejohanan itu Haziq mengembangkan bakatnya bersama Frenz United selama 3 tahun.

[AdSense-B]

Selepas Frenz United dibubarkan kerana ketiadaan platform untuk pemainnya mendapat perlawanan kompetitif Haziq menuju ke Skuad PDRM pada musim 2016.

Bersama PDRM, Haziq menjadi penjaga gol utama pasukan walaupun baru berusia 18 tahun. Walaupun gagal membantu PDRM dari tersingkir ke Liga Perdana, bakat yang ada pada Haziq menarik minat JDT untuk mendapatkannya bagi musim 2017.

Bersama JDT, Haziq menjadi penjaga gol ketiga dibelakang Farizal dan Izham Tarmizi. Sehingga kini, Haziq sudah melakukan 5 penampilan buat JDT dan prestasinya masih boleh dibanggakan. Salah satu aksi menyelamatnya ketika menentang Terengganu menjadi ‘save’ terbaik untuk bulan Julai 2017.

[AdSense-B]

Berbalik kepada pertandingan Piala AFF B16, Haziq menjadi penjaga gol utama dan beraksi hingga ke penentuan sepakan penalti menentang Indonesia pada perlawanan akhir. Haziq berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Indonesia dan menjadi wira negara apabila mengambil sepakan penalti terakhir Malaysia.

Harapan kami Haziq dapat menggunakan pengalamanannya beraksi di perlawanan akhir peringkat benua jika dipilih oleh coach Ong Kim Swee untuk perlawanan malam ini. Jika perlawanan diheret ke sepakan penalti, adakah Haziq akan tampil mengambil penalti dengan sepakan penankanya?

[AdSense-B]

Akhir kami, kami mengucapkan selamat maju jaya untuk Haziq dan rakan-rakan untuk memperolehi pingat emas untuk negara.

Baca juga: Safawi Lebih Mengentarkan Pertahanan Thailand, Worawut

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: