Hadi Fayyadh Malaysia U19

Hadi Fayyadh Sumbang 2 Gol, Awang Faiz Hazziq Tidak Diturunkan

Malaysia memulakan langkah kanan dalam kejohanan Piala AFF U18 di Myanmar dengan memenangi perlawanan pertama petang ini dengan menewaskan Laos dengan keputusan Malaysia U18 4 Laos U18 1.

Pemain JDT II Hadi Fayyadh menyumbangkan 2 gol buat Malaysia pada minit ke-28 dan 90. Dua lagi gol dijaringkan oleh Akhyar Rashid pada minit ke-45 dan 60. Sementara itu, pemain dari JDT III iaitu Awang Faiz Hazziq tidak diturunkan pada perlawanan tersebut.

[AdSense-B]

Malaysia akan bertemu dengan Singapura pada Rabu ini untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan. Kami ucapkan selamat berjaya kepada Hadi Fayyadh, Awang Faiz Hazziq dan rakan-rakan dalam kejohanan ini.

[AdSense-B]

Baca juga: VIDEO & LIRIK: Lagu Muafakat Johor

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: