Menyifatkan ia sebagai satu kekurangan dan kehilangan besar buat skuad The Bos Gaurus, pengendalinya, Mehmet Durakovic tetap meletakkan harapan tinggi kepada semua pemain untuk memberikan persembahan terbaik.

“Sudah pasti ia merupakan satu kekurangan kerana kita bercakap tentang lima pemain dan bukannya satu atau dua yang boleh diganti. Kita akan terus berlawan dengan apa yang kita ada dan cuba mencipta satu sejarah.

[AdSense-B]

“Namun, ia pastinya bukanlah suatu yang mudah. Mereka (JDT) mempunyai pemain tempatan dan import terbaik, segalanya, tetapi kita akan tetap memberikan saingan yang hebat,” kata Mehmet Durakovic.