Perut Kembung Memanjang Setiap Hari, Blend 5 Bahan Ini Jadi Jus & Minum!
“Entah apalah punca perut kembung setiap hari, lagi teruk kalau lepas makan. Kuat betul sendawa!”
Ini merupakan antara perkara yang memalukan apabila setiap hari dan sepanjang masa anda akan ‘membuang angin’ sama ada dengan kentut atau sendawa. Sudah penat nak menahan tapi akhirnya tidak dapat dikawal. Bukan itu sahaja, perut anda juga tidak selesa dan ini menganggu aktiviti seharian.
Berikut merupakan antara petua jus yang diamalkan oleh Dr. Rizal Abu Bakar bagi meredakan ‘bloating’, Gerd dan bakar lemak. Bahana-bahan yang digunakan pun mudah sahaja. Jom cuba!
PUNCA PERUT KEMBUNG HARI-HARI? CUBA RAMUAN INI
Buat anda yang kurang tahu, kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.
Kembung perut adakala boleh memalukan kita, mana tidaknya asyik sepanjang masa sendawa tidak kira tempat! Tetapi ia merupakan masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur.Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas di dalam usus. Tanda-tandanya:
1.Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
2.Kembung – Perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
3.Perut meragam – Berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
Bahan bahan
-1 sudu teh Ceylon cinnamon
-1 sudu teh madu (cari madu uzbekistan kalau dapat)
-2 sudu besar apple cider (jenama Braggs)
-2 sudu besar jus lemon
-1 cawan air suam
Campur semua bahan. Minum sebelum makan.
*Selamat mencuba! Mesti akan rasa lega..
Sumber: MyHealth, Dr.Rizal Abu Bakar