Petua Atasi Kolesterol Dalam Badan Dengan Barli Dan Lemon

Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

Kolesterol merupakan masalah kesihatan yang tidak asing lagi. Terdapat banyak petua Melayu lama untuk mengatasi masalah ini. Sebagaimana, perkongsian Puan Diyanah Safiya tentang petua atasi kolesterol dengan hanya meminum air campuran barli dan lemon.

Kalau anda nak tahu, minuman petua ini bukan sahaja boleh atasi masalah kolesterol. Tetapi, ia juga dipercayai mempunyai banyak manfaat lain kepada kesihatan seperti menyejukkan badan dan sebagainya. Jadi, nak tahu lebih lanjut mari ikuti resepi petua atasi kolesterol di bawah.

Petua atasi kolesterol dalam badan dengan barli dan lemon

Itu dia, macam tak percaya pula kan gabungan barli dan lemon ini. Namun, hakikatnya begitu lah. Belum cuba belum tahu, you all wajib buat tahu. Bukan untuk atasi kolestrol sahaja, malah banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat.

Bahan-bahan:

  • 3 atau 4 sudu besar biji barli
  • 2 atau 3 sudu kecil madu
  • 3 gelas air
  • 1 hirisan lemon

Cara-caranya mudah sahaja:

  • Sebelum rebus, basuh dan rendam dulu dalam 2 3 jam macam itu supaya masa nak rebus nanti cepat lah empuknya.
  • Kemudian, rebus biji barli dengan sukatan 3 gelas air tadi.
  • Rebus barli sehingga bebet empuk.
  • Bila dah empuk, sejukkan barli.
  • Dah sejuk, tuang dalam gelas dan masukkan madu.
  • Perahkan sedikit lemon atau masukkan 1 hirisan lemon tadi.
  • Kacau rata dan sedia untuk diminum.

Mudah bukan?

Antara manfaatnya yang lain:

  • Menyejukkan badan.
  • Atasi masalah batu, demam dan selesema.
  • Kawal gula dalam darah.
  • Mencegah jangkitan saluran kencing atau kencing kotor.
  • Mencegah batu karang.

Kebiasaannya, lepas minum memang akan kerap ke tandas. Maklumlah, proses detoksifikasi. Bagus lah kan untuk badan kita. Apa-apa pun selamat mencuba. Semoga bermanfaat ya.

Sumber: Diyanah Safiya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: