Piala Acl 2017 Pusingan Kelayakan

Piala ACL 2017: Bagaimana Lawan JDT di Peringkat Kelayakan ditentukan?

Untuk pengetahuan penyokong JDT, slot automatik dan slot peringkat kelayakan Piala ACL 2017 untuk semua pasukan adalah berdasarkan MA ranking negara tersebut. MA ranking telah dikemaskini selepas perlawanan akhir Piala ACL 2016 dan Malaysia berada di kedudukan ke-8 untuk zone timur.

Penerangan mengenai peringkat kelayakkan

AFC telah tetapkan secara dasarnya ada tiga peringkat kelayakan untuk berada dalam peringkat kumpulan Piala ACL. Ketiga-tiga peringkat ini dinamakan “preliminary round 1”, “preliminary round 2” dan “play-off round”. Setiap negara akan mendapat bilangan slot automatik dan kelayakkan yang berbeza berdasarkan MA ranking ini.

Disebabkan Malaysia berada dikedudukan ke-8 MA ranking untuk zone timur, hanya satu slot kelayakkan diberi oleh AFC dan akan diisi oleh JDT. Mengikut peraturan AFC, pasukan ke-8 perlu bermain dari preliminary round 1. Berikut adalah slot-slot kelayakan yang sepatutnya diterima oleh setiap negara.

piala acl 2017 pusingan kelayakan 1

Tetapi perlawanan kelayakkan Piala ACL 2017 tidak di susun berdasarkan table diatas kerana tiga perkara berikut:

  1. Slot maksima yang boleh diperolehi oleh setiap negara adalah 1/3 dari pasukan dalam liga utama. A-League hanya mempunyai 9 pasukan makanya hanya 3 slot diberikan kepada Australia.
  2. Indonesia tidak mempunyai pasukan yang berstatus AFC Licensed Club
  3. Filipina tidak mempunyai pasukan yang berstatus AFC Licensed Club

Makanya, ini table terbaru untuk peringkat kelayakan dan JDT akan bermula dari preliminary round 2.

piala-acl-2017-pusingan-kelayakan-2

Pasukan mana yang JDT akan hadapi di preliminary round 2?

Untuk peringkat kelayakan tiada undian dibuat dan hanya ditentukan melalui MA ranking. Konsep menentukan lawan masing-masing adalah untuk setiap peringkat pasukan teratas akan lawan pasukan paling bawah. Pasukan kedua dari atas akan lawan pasukan kedua dari bawah dan cara yang sama digunakan untuk menentukan perlawanan berikutnya.

Berdasarkan konsep tersebut, JDT akan menentang Bangkok United di halaman lawan di preliminary round 2. Perlawanan ini di jadualkan pada 30 Januari 2017. Diharapkan dengan membuat pre-season di Thailand, JDT akan berjaya ke peringkat seterusnya.

Pasukan mana yang JDT akan hadapi di playoff?

Ada tiga situasi untuk menentukan lawan JDT di peringkat ini dalam Piala ACL 2017. Pusingan ini akan berlangsung pada 7 Februari 2017.

Jika JDT menang dan 2 pasukan diatas JDT juga menang, maka JDT akan berada kedudukan terbawah di peringkat playoff. Makanya JDT akan menentang Jeju United or Ulsan Hyundai di tempat lawan.

piala acl 2017 pusingan kelayakan lawan jdt 1

Sekiranya JDT menang dan 1 pasukan dibawah JDT juga menang, maka JDT akan berada kedudukan kedua dari bawah di peringkat playoff. Makanya JDT akan menentang Kawasaki Frontale or Gamba Osaka di tempat lawan.

piala-acl-2017-pusingan-kelayakan-lawan-jdt-2

Akhir sekali, jika JDT menang dan 2 pasukan bawah JDT juga menang, maka JDT akan berada kedudukan ketiga dari bawah di peringkat playoff. Makanya JDT akan menentang Shanghai SIPG di tempat lawan.

piala-acl-2017-pusingan-kelayakan-lawan-jdt-3

Kesimpulan pusingan kelayakan Piala ACL 2017

Kami berharap JDT dapat melepasi peringkat preliminary round 2. Apa juga situasi yang akan JDT hadapi pada playoff round, ketiga-tiga pasukan tersebut memang pasukan yang hebat dari negara yang hebat. Dapat beraksi di Korea Selatan, Jepun atau Australia dan harapan penyokong pasukan lawan, apa saja keputusannya kami pasti berbangga dengan JDT.

Baca juga: Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: