
Piala AFC 2017: JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0, laporan dan video highlights
Malam ini, JDT mempamerkan aksi yang amat cemerlang untuk membenam juara Kemboja dengan keputusan penuh JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0. Bagi kami, inilah perlawanan terbaik JDT setelah 8 perlawanan di bawah kendalian Benjamin Mora.
JDT mempamerkan aksi penuh bertenaga pada awal perlawanan untuk memburu gol awal. Usaha JDT berhasil apabila gerakan menarik yang dimulakan oleh Gabriel Guerra disudahkan dengan sepakan kencang pada minit ke-2 untuk memberikan JDT kelebihan 1 gol.
JDT semakin bersemangat untuk mencari gol kedua dengan pelbagai gerakan serangan. Hasilnya, pada minit ke-10 menendang masuk hantaran kebelakang menarik dari S. Kunanlan. kedua-dua pasukan saling menyerang namum keputusan masih kekal 2-0 sehingga tamat masa pertama.
Bersambung babak kedua, JDT masih lagi mengusai permain. Namun, pemain Boeung Ket Angkor FC berjaya melancarkan beberapa serangan namum dipatahkan oleh benteng JDT dan ketangkasan Izham Tarmizi. Tomoki Muramatsu juga melakukan beberapa gerakan menarik yang mencemaskan penjaga gol JDT.
Namun, pada minit ke-88, Safiq Rahim berjaya menjaringkan gol ketiga JDT melalui tandukannya hasil hantaran Gonzalo Cabrera. Keputusan penuh, JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0.
Kesebelasan utama:
Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri, S. Kunanlan (Hasbullah Abu Bakar 69), Mahali Jasuli (S. Chanturu 86), Azrif Nazrulhaq, Nazmi Faiz, Gabriel Guerra (Gonzalo Cabrera 62) dan Junior Eldstàl
Pemain simpanan yang tidak diguna:
Haziq Nadzli, Aidil Zafuan, Brian Ferreira dan Shakir Shaari.
Kad kuning:
Tiada