Piala Afc 2017 Undian

Adakah JDT sudah layak ke Piala AFC 2018? Inilah 2 sebabnya

Adakah benar JDT sudah mendapat satu slot ke Piala AFC 2018 tanpa perlu menang Piala FA dan Liga Super? Apa kata anda? Kami berikan 2 sebabnya sekarang dan nyatakan pandangan anda selepas anda selesai membaca artikel ini.

Peraturan dalam Entry Manual: AFC Club Competitions 2017-2020

Rasanya ramai antara kita yang tidak pernah memasuki laman web AFC dan manual ini boleh dibaca dan dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Boleh muat turun disini. Manual ini digunakan untuk menentuan layak atau tidak sebuah kelab menyertai pertanding AFC dan ACL pada tahun tersebut.

Cuma, dalam manual ini, AFC cup disebut sebagai AFC Club Competitions atau nama pendek ACC.

Piala AFC 2018 apa itu acc

[AdSense-B]

Syarat yang penting dalam manual ini untuk layak bermain dalam AFC cup / ACC adalah dengan mempunyai lesen AFC. Syarat yang sama seperti Piala ACL.

Piala AFC 2018 kelayakan acc

Tetapi, mesti ada yang tanya Felda United boleh sahaja beraksi dalam Piala AFC 2017. Ini kerana syarat untuk mempunyai lesen hanya berkuat kuasa untuk Piala AFC 2018.

Sedikit info mengenai Club Licensing System. Untuk pembacaan yang lebih mendalam anda boleh muat turun dokumen tersebut.

[AdSense-B]

Kemaskini: 6/3/2017

Terima kasih yang memberitahu pasal item 11 ini. Paling minimum JDT akan dapat adalah dapat tempat ke-tiga dalam liga. Jika ada update lagi boleh beritahu kami.

Masih menjadi satu-satunya kelab mempunyai lesen AFC

Berdasarkan Licensed Clubs by MA (2017) yang boleh dimuat turun disini, JDT masih menjadi satunya kelab yang diiktiraf mempunyai lesen AFC. Memang terbaik perancangan yang dibuat oleh TMJ untuk pasukan JDT ini. Kebiasaannya, AFC akan mengemaskini dokumen ini setiap hujung tahun.

Bacaan tambahan: Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia

Kesimpulan

[AdSense-B]

Berdasarkan 2 dokumen yang dikeluarkan oleh AFC seperti dia atas, hanya JDT yang akan bermain dalam pentas Asia mulai musim 2018 sehinggalah ada kelab/pasukan yang mempunyai lesen AFC. Kami juga ada sedikit tambahan apabila ada teguran pasal item 11. Jika tanpa piala, JDT hendaklah berada dalam top 3 untuk bermain dalam AFC ataupun ACL.

Kepada pembaca yang bukan penyokong JDT, sudah sampai masanya anda semua sudah boleh bertanya kepada pihak pengurusan masing-masing akan status permohonan lesen AFC. Jangan pula nanti sudah menang Piala FA dan Liga Super tetapi tidak boleh berada dalam pentas Asia.

Jangan lupa nyatakan pandangan anda tau! Dalam ruangan FB komen dibawah.

Baca juga: Undi: Gol terbaik JDT untuk bulan Febuari 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has 2 Comments
  1. Adakah saudara ingin mengatakan JDT layak automatk walaupun tidak memenangi piala FA atau liga super? Saya tak rasa begitu.
    Point MA akan tentukan sesebuah negara layak menyertai samada AFC cup atau ACL. Itu pun purata point akan diambil kira sekiranya terdapat lebih dari satu pasukan menyertai ACL atau AFC cup. MA bukan digunakan utk seeded dalam kejohanan. Apa pun kita lihat keberkesanan teori anda seandainya JDT tidak mendapat sebarang piala musim ini.

    1. Kalau JDT tak layak maka tiada siapa yang layak. Kecuali juara Piala FA atau Liga Super mempunyai lesen. Yup. Saya mmg tengah monitor MA raking. walaupun esok JDT dan Felda menang MA ranking malaysia masih no 7.

Comments are closed.