Jdt Afc

Piala AFC 2018: Kumpulan H Perlawanan ke-3, JDT dan Tampines Rovers Perlukan 3 Mata

Pasukan dari Vietnam, Song Lam Nghe An berjaya melonjak ke tempat teratas kumpulan H selepas dua jaringan dari  Phan Van Duc dan Pham Xuan Manh menewaskan JDT pada minggu lepas. Pada hari ini mereka akan bertemu dengan pasukan dari Indonesia, Persija Jakarta.

Persija Jakarta pula berjaya memperolehi 3 mata yang pertama setelah menewaskan Tampines Rovers dengan keputusan 4-1 dan Marko Simic berjaya menjaringkan hatrik. Namun begitu, mereka kehilangan khidmat pertahanan Jaimerson Xavier yang mendapat kad merah pada perlawan tersebut.

Tampines Rovers masih mencari mata yang pertamanya untuk kempen Piala AFC musim ini. Mereka akan melayan kunjungan dari jiran tetangga, Johor DT petang ini.

[AdSense-B]

JDT berjaya mendapatkan kemenangan pada hari pembukaan namun mereka ingin mendapatkan semula 3 mata selepas tewas kepada Song Lam Nghe An pada minggu lepas. JDT memerlukan 3 mata untuk terus mengejar pendahulu kumpulan yang hanya dibezakan dengan 3 mata sahaja.

Kedudukan Terkini

Jadual Perlawanan ke-3

Song Lam Nghe An (VIE) v Persija Jakarta (IND)

Tempat: Vinh Stadium, Vinh

Sepak mula: Mac 6, 15:30 UTC+7

[AdSense-B]

Tampines Rovers (SIN) v Johor Darul Ta’zim (MAS)

Tempat: Stadium Jalan Besar, Singapura

Sepak mula: Mac 6, 19:30 UTC+8

Baca juga: Live Streaming: Undian Pusingan Ke-3 Piala FA 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: